Wednesday 21 January 2009

ANTIVIRUS 2009.. AWAS!!!

Jika apabila sedang khusyuk korang melayari alam maya, secara tidak semena-mena muncul iklan mendownload antivirus.. Apa yang akan korang lakukan selanjutnya? Download terus dengan perasaan teruja atau memadamkan saje iklan tersebut tanpa apa2 perasaan..

Sebaiknya usah dilayan iklan2 mengarut seperti ini, kerana kita tidak tau punca asal usulnya & apa kesannya pada pc kita.. Selalunya ia akan membawa lebih banyak kuburukan ke atas prestasi pc korang daripada kebaikkan..

Awas!!!
Antivirus yg dimaksudkan ialah Antivirus 2009..

Jangan!!!
Jangan sesekali korang mencuba try test mendownload software nie.. Kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pc korang apabila melayari internet.. Tapi kalau nak try donwload juga cuba la pc orang lain.. Lepas tu mesti kena maki dengan tuan punye pc tu..

Tapi!!!
Jika korang sudah 'terlanjur' mengdownload, usah risau ia boleh dibuang dari pc korang.. Downlaod saje software di bawah ni..

Malwarebyte's Anti -Malware Download Link

Langkah-langkah membuang antivirus 2009 klik sini..

Kalau masih ada lagi sofware tu maknanya format sajelah pc.. Pastikan sudah membuat back up terlebih dahulu..

Sunday 4 January 2009

Extreme Modified Autoshow


Aku berkesempatan pergi menjengah autoshow yang terbesar dan terhebat di Malaysia (dikatakan oleh penganjur) di Stadium Bukit Jalil hujung tahun lepas.. Pada mulanya aku memang agak teruja nak pergi untuk menikmati keindahan & kecantikkan ciptaan manusia dan juga ciptaan tuhan..
*Sebenarnya aku kurang berminat menonton autoshow nih, kerana setiap kali aku pergi kereta yang sama je aku tengok.. Bosan seh.. Takde pembaharuan..

Rupanya apa yang digembar gemburkan indah khabar dari rupa.. Aku bayar RM30 tapi aku rasa tak berbaloi dengan apa yang mereka tayangkan.. Kebanyakkan kereta pun yang biasa & selalu masuk autoshow kat Malaysia.. Aku nak tengok kereta luar, mana dari Indon, Thailand, Hong Kong & USA.. Setakat tengok kereta di modified orang Malaysia yang sememangnya pakar drpd jurutera Jepun, tak payah bayar tiket pun boleh tengok.. Tiada apa yang hebat melainkan perasaan hampa dan sumpah seranah saja yang dapat aku bagi..


Alang-alang dah sampai, beli tiket & masuk..
Diluar stadium deretan kelab kelab kereta menayangkan kereta ahli-ahli mereka.. Ala kereta wira, perdana, kancil, myvi takkan pernah tengok.. Ada la juga sekerat dua kereta BMW, Skyline, Caldina buat show free kat luar stadium..

Antara gambar-gambar yang sempat aku amik sebelum bateri kamera aku kong.. (dah sampai masanya bermain kamera lebih besar)..



Kereta dan wanita memang tak boleh dipisahkan.. Sampai bila la kaum wanita akan dieksplotasikan.. Tapi aku terpikir plak, kalau letak lelaki yang bersidai ghairah kat tepi kereta, sumpah aku tak pergi tengok walaupun free.. Baik aku cabut lalang belakang rumah aku, lagi banyak faedahnya..


Setakat ini sahaja yang boleh aku pamerkan.. Gambar-gambar yang agak panas & berpotensi menjadi kontroversi terpaksa disimpan untuk kebaikkan semua.. Sekian..

*Rasa malas aku nak pergi autoshow2 macam ni lagi.. Bosan, hampa, hampas dan apa-apa yang setara dengannya.. Mungkin masa aku tak betul kot.. Timing lari..

Aku tunggu KLIMS09 bulan JUN nanti..