Monday 26 May 2008

Minyak Oh Minyak...

Esok harga minyak akan diperbincangkan lagi, lebih 2 tahun harganya kekal pada harga RM1.92 setelah dinaikkan sebanyak 30 sen oleh kerajaan pada 28 Feb 2006. Pada ketika harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang mencecah sehingga USD135 setong, kerajaan telah membuat keputusan untuk memperbincangkan kembali harga sumber bumi yg amat berpengaruh kepada kehidupan manusia ini .

Adakah kerajaan BN akan meragut subsidi minyak drpd rakyat jelata?
Adakah harga barang2 akan turut naik?
Adakah akan ada langkah2 bijak @ bodoh untuk menangani masalah ini?

Pelbagai cadangan kedengaran, ada yg ingin mengikut sistem "Food Mart" yg di amalkan di US. Ada pula yg mahu sistem pemberian kupon kepada rakyat yg berpendapatan rendah untuk pembelian petrol. Pendekatan lain yg mahu di ambil seperti pemberian subsudi petrol mengikut cc kenderaan, lagi la byk penipuan nanti..

Apa pun sama2 lah kita tunggu perjalanan kisah yg menarik dan hangat ini...

Thursday 22 May 2008

Perlawanan Futsal Terhebat Bulan Ini

Hampir lewat malam tadi 1 perlawanan futsal yg tidak di iktiraf FAM telah berlangsung di U5 tmn rinting.. Pasukan2 yg terlibat terdiri drpd team B melawan team D.. Walaupun team D kehilangan seorang pemain (penjaga gol yg berwibawa), tetapi team D tetap memberi tentangan yg maha hebat pada perlawanan itu..


Kedatangan para penyokong kedua2 pasukan semakin menghangatkan lagi perlawanan itu.. "perlawanan ni umpama final champion league mlm ni", kata salah seorang penyokong setia yg identitinya mahu di rahsiakan..



Walaupun team B mencapai kejayaan pada perlawanan ini, tetapi bg pasukan team D itu semua bukan matlamat sebenar mereka. Team D lebih mementingkan semangat persahabatan drpd bermegah2 dgn kemenangan yg sementara.. Yg pasti perlawanan ulangan akan diadakan secepat mungkin..

"nilai sebuah persahabatan lebih penting drpd kemenangan"




penyokong2 yg sudi hadir & sebahagian aksi2 panas perlawanan

Saturday 10 May 2008

Masa depan bermula hari ini

Satu inspirasi dari Mahatma Ghandi, katanya :

"The future depends on what we do in the present."

Kita yang menentukan masa depan kita sendiri hari ini, bukan orang lain, sedara mara mahupun rakan sekerja, hanya kita sendiri.
Tiada orang lain melainkan kita saja.Kejayaan di masa depan ditentukan sepenuhnya oleh usaha kita. Makin kuat usaha dan makin banyak ilmu yang digali, maka makin cerah masa depan di hujung sana.Ingat, apa yang kita buat menentukan masa depan kita sepenuhnya.
Jadi, Andai masih tidak berbuat apa-apa, masa depan tetap akan ada, cuma ia tak secerah yang disangka dan tak berjaya seperti yang diduga. Adakah itu pilihan Anda?
Kita yang mencorakkan masa depan. Untuk tahu apa jenis corak yang kita mahu, tanya diri sendiri, apa jenis kejayaan yang kita nak gapai dan dalam bidang apa kita mahu berjaya.Semua orang mahukan kejayaan, tapi tak tahu kejayaan yang bagaimana.
Jadi, Anda perlu kenal pasti apa makna kejayaan bagi diri Anda, sama ada kejayaan sebagai seorang pelajar IPT yang cemerlang, pekerja cemerlang mahupun usahawan cemerlang.Kegemilangan masa depan, dicorakkan oleh tangan Anda.
Fikir kejayaan, usaha ke arah kejayaan.Ambil keputusan untuk menjadi orang berjaya hari ini juga!

Monday 5 May 2008

Gunakan Masa Lapang Dengan Bijak

Kata-kata motivasi dari C.K Brightbill..
“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana”.
Usaha menentukan segalanya. Berpendidikan atau tidak, hanya orang yang rajin berusaha saja mampu menggapai kejayaan dalam kerjaya, kewangan dan perniagaan.Orang-orang yang berjaya mampu mencapai kehebatan kerana berusaha dua kali ganda daripada orang yang biasa, sanggup melakukan apa yang tak sanggup di lakukan oleh orang biasa.
Orang biasa pula, menggunakan masa lapangnya hanya untuk bersantai, berehat dan bermalas-malas.Sedangkan dalam masa yang sama, orang-orang yang berjaya (yang semestinya luar biasa!) bertungkus-lumus berusaha serta memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, sekualiti yang mungkin.
Bagi mereka, biar susah dulu sekarang, senang kemudian. Biar sibuk sekarang, senang-lenang kemudian.Cuba tanya diri Anda dengan soalan ini ..
"Apa yang boleh aku lakukan di masa lapangku?"
"Adakah yang aku buat ini baik untuk diriku?"
"Masa depan cemana yang aku mahu sebenarnya?"
"Apa lagi yang belum selesai aku lakukan?"
Soalan-soalan ini, bila ditanya pada diri sendiri membuat Anda fokus, supaya Anda boleh mengisi masa lapang Anda dengan bijak.Corakkan kecemerlangan hari ini, untuk kejayaan di hari esok!