Monday, 5 May 2008

Gunakan Masa Lapang Dengan Bijak

Kata-kata motivasi dari C.K Brightbill..
“Masa hadapan yang cerah bukan sahaja dimiliki oleh orang yang berpendidikan, tetapi juga bagi orang yang dididik untuk menggunakan masa lapangnya dengan bijaksana”.
Usaha menentukan segalanya. Berpendidikan atau tidak, hanya orang yang rajin berusaha saja mampu menggapai kejayaan dalam kerjaya, kewangan dan perniagaan.Orang-orang yang berjaya mampu mencapai kehebatan kerana berusaha dua kali ganda daripada orang yang biasa, sanggup melakukan apa yang tak sanggup di lakukan oleh orang biasa.
Orang biasa pula, menggunakan masa lapangnya hanya untuk bersantai, berehat dan bermalas-malas.Sedangkan dalam masa yang sama, orang-orang yang berjaya (yang semestinya luar biasa!) bertungkus-lumus berusaha serta memanfaatkan masa yang ada sebaik mungkin, sekualiti yang mungkin.
Bagi mereka, biar susah dulu sekarang, senang kemudian. Biar sibuk sekarang, senang-lenang kemudian.Cuba tanya diri Anda dengan soalan ini ..
"Apa yang boleh aku lakukan di masa lapangku?"
"Adakah yang aku buat ini baik untuk diriku?"
"Masa depan cemana yang aku mahu sebenarnya?"
"Apa lagi yang belum selesai aku lakukan?"
Soalan-soalan ini, bila ditanya pada diri sendiri membuat Anda fokus, supaya Anda boleh mengisi masa lapang Anda dengan bijak.Corakkan kecemerlangan hari ini, untuk kejayaan di hari esok!

No comments: