Wednesday, 9 June 2010

Kahwin..

Dah agak lama rasanya aku tak meng'update' blog aku ni.. Bukannya sengaja tetapi tuntutan kehidupan dan ketandusan material memaksa aku 'mendiamkan' seketika blog ini..

Cuti sekolah sudah bermula, dan seperti biasa jemputan kahwin pun berlambak-lambak yang datang.. Ada yang menjemput guna kad, ada yang guna facebook, ada yang sms je, ada yang tup-tup je dah bawak anak..

Gambar ini pula adalah kawan sekampung, seumur, sesekolah & sedorm masa sekolah dulu.. Nama je sekampung tapi jarang jumpa sebenarnya, masing-masing membawa haluan sendiri.. Tapi dah namanya kawan takkan dilupa sepanjang hayat, walaupun aku kadang-kadang tak ingat nama kawan sendiri akibat lama banget tak jumpa..

Majlis perkahwinan kawan aku ini agak meriah, siap ada kugiran (karoeke tak main le) kejap jadi Waliband, lepas tu jadi Faizal Tahir pulak, lepas tu menjelma Ramlah Ram, tapi tak tau la malam ada joget lambak ke tak.. Hidangan makan pulak stail dulu-dulu bukan buffer macam kebanyakkan majlis sekarang.. Nasib baik ada kawan-kawan mencukupkan hidangan, kalau tak aku makan sorang 1 hidang..

Apa-apa pun, Selamat menempuh dunia baru sahabatku.. Semuga berkekalan selamanya..

1.


2.


Lagi gambar di Mukabuku aku..