Wednesday 29 December 2010

Gempak!!!

Astro menganjurkan konsert percuma kepada penduduk Pasir Gudang pada 26 Disember lepas.. Satu kejutan budaya dibuatnya.. Pelbagai acara diadakan pada sebelah siang sementara konsert di sebelah malam..Konsert yang dirakam untuk siaran tahun baru di Astro dikatakan dengan format HD ini agaknya meriah dengan dibarisi artis2 ngetop masakini (aku tak pergi tengok pun, layan bola lagi best)..

1. Acara berlangsung di Bukit Layang-Layang.. Kelihatan 2 orang mamat berbangga & kerek dressing jersi Malaysia..


2. Sound check.. Ahli musik test sound di pentas utama sambil Faizal Tahir nyanyi merapu..


3. Mamat ni mesti beli baju SEARCH masa konsert SELEPAS BANJIR kat JB tahun 2008 ni.. Aku pun ada baju ni, cuma dah tak muat je.. Cepat sangat bajunye kecik..


4. Faizal Tahir sound check.. Nyanyi lagu Selamat Malam sambil merapu.. Superman ke Suparman..


5. Aku tak faham apa mamat tu buat.. Nyanyi dengan penuh perasan..


6. Dah nama pun di Bukit Layang-Layang, tak sah la kalau takde layang-layang..


7. Artis suam2 kuku.. Budak2 AF nyanyi.. Tak tengok pun takpe.. Tapi petang tu takde acara lain yang lebih menarik, maka berduyun-duyun la jugak yang tengok..


8. Agaknya inilah kamera yang boleh rakam HD.. Kat Astro Beyond je boleh tengok..


9. Yang ni pun dalam HD jugak..


10. Jom main buih-buih sabun..


11. Dah nak senja pun masih duduk bersidai kat sana.. Balik je la tengok bola..

Monday 6 December 2010

Johor Bike Fest 2010..



Satu acara yang julung-julung kalinya membabitkan perhimpunanan mat-mat motor telah diadakan di Plaza Angsana JB.. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini membabit pelbagai jenis & model motor dari yang kecil hingga yang besar, dari yang lama hingga ke yang baru.. Aku tak tau apa aktiviti yang diadakan selama 3 hari tersebut.. Aku hanya sempat menjenguk pada hari ahad je, tu pun dah hujung-hujung..


1. Geng Harley berbaris.. Exzos yang amat memekakkan telinga..


2. American Chopper.. Wannabe..


3. Tak sakit pinggang ke, absorber belakang pun takde..


4. Boleh buat cermin.. Ada gak yang kena sambar petir ni..


5. Macam tak lawa je moto ni.. Kaler tak kena kot..


6. Ali & David son..


7. Motor besar giler.. Siap ada radio.. Harga pun melampau..


8. Honda sayap emas.. Cari gear reverse tak jumpa..


9. Suzuki Hayabusa 1.3cc.. Banyak betul ikut konvoi..


10. Tayar dah sama besar dengan tayar kereta.. Menangis ni kalau nak tukar tayar (kalau aku la, owner dia ok je kot)..


11. R1.. Tak dapat beli, dapat amik gambar pun jadi le..


12.


13.


14.


15. Handle tak boleh tinggi lagi ke bang.. basib baik single seat, kalau tumpang mesti bau ketiak je le..


16. Bikers sejati..


17. Motor sepanjang zaman.. Aku rasa kalau buat macam standet kilang lagi lawa..


18. Motor zaman perang.. Tak tau berapa cc ni.. Enjin kecik je..


19. Suzuki katana.. Lampu depan flip.. rare ni..


20.


21. Dah jadi apa dah moto ni.. tgk enjin macam EX-5.. tapi tak dapat dikenalpasti spesis apa sebenarnya..

Tuesday 20 July 2010

Drift @ Today not tomorrow..

Julung julung kali kejohanan drift telah diadakan di tapak letak kereta Today Market Seri Alam, Masai pada 17 & 18 Julai lepas.. Sukan yang sedang meningkat naik tetapi kurang 'sponsor' ini mendapat perhatian peminat-peminat sukan motor yang amat dahagakan acara-acara halal untuk ditonton.. Litar Pasir Gudang pula seperti hidup segan mati tak mau, aku rasa dah dekat 3 tahun litar tersebut tiada acara peringkat antarabangsa mahupun peringkat Malaysia, yang ada cuma 'drag race' pada malam minggu.. Aku tak minat 'race' macam tu..

1. Gambar mukadimah.. Kalau buat drift best gak ni..


2. Kereta pameran je ni..


3. Silvia.. Idaman kalbu..


4. Kaya bebenor tuan tanah kedaung ni..


5.


6.


7.


8.


9.


10.


Lebih gambar di Facebook gue..
Rashid Taib | Create Your Badge

Wednesday 9 June 2010

Kahwin..

Dah agak lama rasanya aku tak meng'update' blog aku ni.. Bukannya sengaja tetapi tuntutan kehidupan dan ketandusan material memaksa aku 'mendiamkan' seketika blog ini..

Cuti sekolah sudah bermula, dan seperti biasa jemputan kahwin pun berlambak-lambak yang datang.. Ada yang menjemput guna kad, ada yang guna facebook, ada yang sms je, ada yang tup-tup je dah bawak anak..

Gambar ini pula adalah kawan sekampung, seumur, sesekolah & sedorm masa sekolah dulu.. Nama je sekampung tapi jarang jumpa sebenarnya, masing-masing membawa haluan sendiri.. Tapi dah namanya kawan takkan dilupa sepanjang hayat, walaupun aku kadang-kadang tak ingat nama kawan sendiri akibat lama banget tak jumpa..

Majlis perkahwinan kawan aku ini agak meriah, siap ada kugiran (karoeke tak main le) kejap jadi Waliband, lepas tu jadi Faizal Tahir pulak, lepas tu menjelma Ramlah Ram, tapi tak tau la malam ada joget lambak ke tak.. Hidangan makan pulak stail dulu-dulu bukan buffer macam kebanyakkan majlis sekarang.. Nasib baik ada kawan-kawan mencukupkan hidangan, kalau tak aku makan sorang 1 hidang..

Apa-apa pun, Selamat menempuh dunia baru sahabatku.. Semuga berkekalan selamanya..

1.


2.


Lagi gambar di Mukabuku aku..

Monday 17 May 2010

Drift @ Plaza Angsana

Drift, di antara salah satu cabang sukan permotoran yang ada di dunia ni.. Sukan ni agak baru tapi begitu cepat menular ke jiwa jiwa anak muda masakini yang sukakan akan kelajuan.. Akan tetapi kelajuan kereta bukan perkara utama kerana kemahiran pemandu yang ditagih dalam sukan drift ini..

Julung kali juga aku sempat menonton drift sempena Karnival Proton di Plaza Angsana, JB.. Suatu masa dulu (2005 agaknya, aku pun tak ingat sangat) aku pernah menonton pertandingan peringkat Malaysia dilangsungkan di Danga Bay, lebih mencabar kerana drift hingga ke tengah malam..

Drift di Plaza Angsana ini lebih kepada pertunjukkan dan berupa hadiah kepada pembeli bertuah barangan R3 (barang resing Proton).. Pembeli bertuah berpeluang naik kereta Waja R3 bersama & merasa nikmat drift.. Apa yang speselnye, drift tersebut dipersembahkan oleh duta Panadol & Champion Drift Asia- Tengku Djan.. Sebelum beraksi beliau mengalami sakit kepala dan dengan hanya menelan 2 biji panadol beliau kembali pulih (yang ni aku tipu).. Walaupun hanya sebuah kereta tetapi aksi yang dipamerkan amat berbisa.. Memang patut champion..

1. Sape yang tak kenal Tengku Djan, ni lah mukanya.. Orangnya sporting, tak kisah diajak bergambar.. Apa yang aku nampak kat situ la..


2.


3.


4.


Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi aku malas nak upload.. Nanti bila aku dah rajin aku upload, korang tunggu je la.. Akhir kata "don't try this at home", kalau nak try juga, try kat jalan raya yang kosong, jangan menyusahkan orang pulak nak tolong angkat korang kat tengah jalan..