Wednesday, 29 December 2010

Gempak!!!

Astro menganjurkan konsert percuma kepada penduduk Pasir Gudang pada 26 Disember lepas.. Satu kejutan budaya dibuatnya.. Pelbagai acara diadakan pada sebelah siang sementara konsert di sebelah malam..Konsert yang dirakam untuk siaran tahun baru di Astro dikatakan dengan format HD ini agaknya meriah dengan dibarisi artis2 ngetop masakini (aku tak pergi tengok pun, layan bola lagi best)..

1. Acara berlangsung di Bukit Layang-Layang.. Kelihatan 2 orang mamat berbangga & kerek dressing jersi Malaysia..


2. Sound check.. Ahli musik test sound di pentas utama sambil Faizal Tahir nyanyi merapu..


3. Mamat ni mesti beli baju SEARCH masa konsert SELEPAS BANJIR kat JB tahun 2008 ni.. Aku pun ada baju ni, cuma dah tak muat je.. Cepat sangat bajunye kecik..


4. Faizal Tahir sound check.. Nyanyi lagu Selamat Malam sambil merapu.. Superman ke Suparman..


5. Aku tak faham apa mamat tu buat.. Nyanyi dengan penuh perasan..


6. Dah nama pun di Bukit Layang-Layang, tak sah la kalau takde layang-layang..


7. Artis suam2 kuku.. Budak2 AF nyanyi.. Tak tengok pun takpe.. Tapi petang tu takde acara lain yang lebih menarik, maka berduyun-duyun la jugak yang tengok..


8. Agaknya inilah kamera yang boleh rakam HD.. Kat Astro Beyond je boleh tengok..


9. Yang ni pun dalam HD jugak..


10. Jom main buih-buih sabun..


11. Dah nak senja pun masih duduk bersidai kat sana.. Balik je la tengok bola..

1 comment:

MiNi COoPeR said...

gambo last nie cantik... lebih2 lagi ada cahaya matahari tue...