Monday, 17 May 2010

Drift @ Plaza Angsana

Drift, di antara salah satu cabang sukan permotoran yang ada di dunia ni.. Sukan ni agak baru tapi begitu cepat menular ke jiwa jiwa anak muda masakini yang sukakan akan kelajuan.. Akan tetapi kelajuan kereta bukan perkara utama kerana kemahiran pemandu yang ditagih dalam sukan drift ini..

Julung kali juga aku sempat menonton drift sempena Karnival Proton di Plaza Angsana, JB.. Suatu masa dulu (2005 agaknya, aku pun tak ingat sangat) aku pernah menonton pertandingan peringkat Malaysia dilangsungkan di Danga Bay, lebih mencabar kerana drift hingga ke tengah malam..

Drift di Plaza Angsana ini lebih kepada pertunjukkan dan berupa hadiah kepada pembeli bertuah barangan R3 (barang resing Proton).. Pembeli bertuah berpeluang naik kereta Waja R3 bersama & merasa nikmat drift.. Apa yang speselnye, drift tersebut dipersembahkan oleh duta Panadol & Champion Drift Asia- Tengku Djan.. Sebelum beraksi beliau mengalami sakit kepala dan dengan hanya menelan 2 biji panadol beliau kembali pulih (yang ni aku tipu).. Walaupun hanya sebuah kereta tetapi aksi yang dipamerkan amat berbisa.. Memang patut champion..

1. Sape yang tak kenal Tengku Djan, ni lah mukanya.. Orangnya sporting, tak kisah diajak bergambar.. Apa yang aku nampak kat situ la..


2.


3.


4.


Sebenarnya banyak lagi gambar, tapi aku malas nak upload.. Nanti bila aku dah rajin aku upload, korang tunggu je la.. Akhir kata "don't try this at home", kalau nak try juga, try kat jalan raya yang kosong, jangan menyusahkan orang pulak nak tolong angkat korang kat tengah jalan..