Saturday 12 February 2011

Bandar-I

Satu lagi tempat yang tiada di tempat aku.. I-City tarikan pelancongan terbaru Malaysia yang terletak di Shah Alam.. Kebanjiran berjuta LED pastinya memberi pengalaman baru kepada pengunjung..

1. Selamat datang ke I-City..Berjuta-juta & berbillion LED menanti anda..




2. Seawal kedatangan aku, begitu ramai orang di sana, tapi tidaklah terlalu sesak.. Masih boleh berposing untuk bergambar..



3. Pokok tiruan ala-ala pokok pain disinari LED berwarna-warni..



4. Hampir 75% pokok yg sama..



5. Pokok kecil.. Baru tanam kot..



6. Betapa banyaknya nak guna 'karen'.. Membazir atau pelaburan? Jawapan subjektif, jawab sendiri..




7. Lorong pejalan kaki, tapi bebas berjalan ke mana sahaja.. Tapi jangan panjat pokok..



8. Yang ni spesis lain pulak.. Dinasihatkan kepada kaki petik bunga, jangan bawa tabiat tu ke sini, ada yang keras nanti..



9. 'Closed up' pulak..



10. Kawasan luas, boleh lepak-lepak setelah penat meneroka segenap pelusuk di situ.



11. Gambaran dekat daun pokok pain tiruan..



12. Di hujung sana ada acara, tapi malas nak jengah.. Mungkin sambutan Tahun Baru Cina rasanya..



13. Tanglung pun ditiruankan..



14. Dikenakan bayaran tambahan untuk memasuki kawasan ini.



15. Indoor.. Tak berkesempatan aku nak menjengah..



16. Dipagari pokok LED di sekelilingnya..



17. Zirafah yang telah disumpah oleh ibunya, menjadi zirafah LED.. Ini pun dikenakan bayaran tambahan..



18. Dibuka 24 jam, tapi apa yang ada di waktu siang?



19.



20.




Boleh penat kalau berjalan ke semua tempat.. Aku rasa, aku berjalan separuh je dah penat.. Dengan tiket masuk RM10 sebuah kereta, anda boleh merasai kelainan yang tiada di tempat lain..

Alamat GPS:
N 03 3.846 E 101 28.845

Tuesday 8 February 2011

Makanan Arab..

Jalan-jalan cari makan.. Tapi sebenarnya serampang dua mata bak kata pepatah melayu sambil menyelam minum air.. Alang-alang sudah sampai ke KL apalah salahnya mencari tempat makan yang tiada di tempat aku..

Aku memilih makanan arab di Restoran Zam Zam (bukan PJ PJ,ada membe aku cakap macam tu, hahaha). Sebelum ini pun aku pernah makan di Restoran Saba di Cyberjaya tetapi yang ini lebih 'special' rasanya. Apa yang 'specialnye'?


1. Tengok dari luar pun dah 'grand banget'. Semakin teruja untuk mencuba. Tapi restoran hanya separuh dari bangunan je (yang ada awning).




2. Apabila sudah masuk lagi la teruja. Deco menarik dan kerusi pun cantik dan selesa untuk duduk, tapi sebelah dalam je, yang di luar kerusi plastik gak tapi bukan seperti yang terdapat di kedai makan biasa. Aku rasa restoran ni 2 tingkat.




3. 'Waiter' pun orang arab 'original' bukan mat bangla. Aku punya la 'speaking' rupa-rupanya pandai cakap melayu. Kagum...




4. Lebih mengagumkan aku, oder pun tulis arab.




5. Menu pelbagai dan pening kepala nak pilih, takut tak sedap (takut tekak tak boleh masuk sebenarnya). Akhirnya aku tanya menu apa yang paling ngetop kat situ. Dengan bangganya 'waiter' tu mencadangkan Chicken Mandy.

Harga RM18, nasi penuh pinggan, ayam separuh. Kalau tengah lapar memang cukup mengenyangkan, tapi kalau dah sampai tahap kebulur, memang tak cukup.




6. Lamb Kabsa (RM15). Daging lembut, orang takde gigi pun boleh makan. Tapi nasi kurang sikit dari Chicken Mandy, harga pun kurang nasi pun kurang.




7. Turkish Coffee. Nak tercekik aku tunggu air ni. Rasa amatlah pahit, rupanya belum campur gula.




8. Serbuk kopi Turki. Dibancuh di dalam bekas tembaga, rasa arang pun ada gak, aku kena tipu ke macam kopi belalang kot, tapi sedap. Harga RM5.




9. Sekadar gambar hiasan. Lepas makan mesti lap mulut.




Kepada sesiapa yang berminat boleh la mencuba, rasa ok, servis pun ok, harga kurang ok sikit. Air buah pun boleh cecah RM10. Oder tak sampai 5 minit makanan dah sampai cuma air je dah abis makan baru sampai. Mungkin aku oder air 'special' sangat, kena impot dari Turki.

Alamat posmen:

Restoran Zam Zam
Komplek Oasis 9
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F
Seksyen 9
40100 Shah Alam, Selangor.

Alamat GPS:

N 03 5.162
E 101 31.326