Wednesday 29 December 2010

Gempak!!!

Astro menganjurkan konsert percuma kepada penduduk Pasir Gudang pada 26 Disember lepas.. Satu kejutan budaya dibuatnya.. Pelbagai acara diadakan pada sebelah siang sementara konsert di sebelah malam..Konsert yang dirakam untuk siaran tahun baru di Astro dikatakan dengan format HD ini agaknya meriah dengan dibarisi artis2 ngetop masakini (aku tak pergi tengok pun, layan bola lagi best)..

1. Acara berlangsung di Bukit Layang-Layang.. Kelihatan 2 orang mamat berbangga & kerek dressing jersi Malaysia..


2. Sound check.. Ahli musik test sound di pentas utama sambil Faizal Tahir nyanyi merapu..


3. Mamat ni mesti beli baju SEARCH masa konsert SELEPAS BANJIR kat JB tahun 2008 ni.. Aku pun ada baju ni, cuma dah tak muat je.. Cepat sangat bajunye kecik..


4. Faizal Tahir sound check.. Nyanyi lagu Selamat Malam sambil merapu.. Superman ke Suparman..


5. Aku tak faham apa mamat tu buat.. Nyanyi dengan penuh perasan..


6. Dah nama pun di Bukit Layang-Layang, tak sah la kalau takde layang-layang..


7. Artis suam2 kuku.. Budak2 AF nyanyi.. Tak tengok pun takpe.. Tapi petang tu takde acara lain yang lebih menarik, maka berduyun-duyun la jugak yang tengok..


8. Agaknya inilah kamera yang boleh rakam HD.. Kat Astro Beyond je boleh tengok..


9. Yang ni pun dalam HD jugak..


10. Jom main buih-buih sabun..


11. Dah nak senja pun masih duduk bersidai kat sana.. Balik je la tengok bola..

Monday 6 December 2010

Johor Bike Fest 2010..



Satu acara yang julung-julung kalinya membabitkan perhimpunanan mat-mat motor telah diadakan di Plaza Angsana JB.. Acara yang berlangsung selama 3 hari ini membabit pelbagai jenis & model motor dari yang kecil hingga yang besar, dari yang lama hingga ke yang baru.. Aku tak tau apa aktiviti yang diadakan selama 3 hari tersebut.. Aku hanya sempat menjenguk pada hari ahad je, tu pun dah hujung-hujung..


1. Geng Harley berbaris.. Exzos yang amat memekakkan telinga..


2. American Chopper.. Wannabe..


3. Tak sakit pinggang ke, absorber belakang pun takde..


4. Boleh buat cermin.. Ada gak yang kena sambar petir ni..


5. Macam tak lawa je moto ni.. Kaler tak kena kot..


6. Ali & David son..


7. Motor besar giler.. Siap ada radio.. Harga pun melampau..


8. Honda sayap emas.. Cari gear reverse tak jumpa..


9. Suzuki Hayabusa 1.3cc.. Banyak betul ikut konvoi..


10. Tayar dah sama besar dengan tayar kereta.. Menangis ni kalau nak tukar tayar (kalau aku la, owner dia ok je kot)..


11. R1.. Tak dapat beli, dapat amik gambar pun jadi le..


12.


13.


14.


15. Handle tak boleh tinggi lagi ke bang.. basib baik single seat, kalau tumpang mesti bau ketiak je le..


16. Bikers sejati..


17. Motor sepanjang zaman.. Aku rasa kalau buat macam standet kilang lagi lawa..


18. Motor zaman perang.. Tak tau berapa cc ni.. Enjin kecik je..


19. Suzuki katana.. Lampu depan flip.. rare ni..


20.


21. Dah jadi apa dah moto ni.. tgk enjin macam EX-5.. tapi tak dapat dikenalpasti spesis apa sebenarnya..