Tuesday 15 December 2009

Musim Kahwin

Musim cuti sekolah sudah pun bermula.. Ramai yang mengambil kesempatan cuti sekolah untuk menglangsungkan majlis perkahwinan.. Padahal yang kahwin bukan budak sekolah pun.. Budak sekolah buat majlis masuk alam dewasa dulu.. Hampir setiap minggu ada saja majlis berlangsung, sehingga dalam sehari ada 2 ke 3 majlis di tempat yang sama..

Setakat ni aku berkesempatan menghadiri 2 majlis membe aku.. Orang menjemput aku pun datang le memeriahkan majlis.. Dapat gak makan free..

Gambar kat bawah ni, bekas membe 1 tempat keje.. Dia dah berhenti, main freelance plak.. Majlis berlangsung pada 13 Dis lepas.. Oleh kerana majlis diadakan tidak jauh dari kampung aku, aku pun mengambil kesempatan di atas keterlanjuran aku balik kampung untuk menghadiri majlis beliau..


Yang lagi 1 ni, membe tempat keje, majlis berlangsung pada 6 Dis yang lalu.. Kebetulan aku off hari tersebut ditambah pula rumah pengantin cuma sekangkang king kong je dari rumah aku, maka tiada alasan yang munasabah untuk aku tidak menghadiri majlis beliau.. Ramai gak membe-membe setugas datang meraikan, ada yang siap berkonvoi lagi.. Semangat betul diorang ni, aku respek la kat korang...

Selamat pengantin baru kepada BEN & ANI dan AZWAN & ALINA, semoga kekal ke akhir hayat...

*AMARAN: Kepada sesiapa yang selalu tanya aku bila nak makan nasi minyak, di harap dapat bersabar.. Tapi kalau aku dah jemput, korang tak datang.. Siap le... Huhuhu...

Saturday 14 November 2009

Titan Futsal Tournament '09


Dah lama rasanya aku tak "update" blog aku ini.. Bukan ketiadaan cerita tetapi menyampah dengan broadband yang aku bayar setiap bulan ini, kadang kala bagus, tapi selalunya tak bagus.. Rasa macam nak potong je, tapi yang lain pun sama juga servisnya..

Kali ini aku nak berkongsi pasal Titan Futsal tournament 2009 yang telah berlangsung pada 8 Nov lepas bertempat di Arena Sport Prima.. Aku telah terlibat secara langsung belakang tabir pada hari tersebut.. Kalau aku main futsal hari tu, memang 'confirm' aku tidur hospital malam tu..

Dari awal lagi penyertaan di buka kepada seluruh pekerja, sambutan amat mengejutkan.. Sehingga terpaksa menolak pasukan yang daftar lewat kerana terlebih kuota.. Terutamanya pasukan wanita, yang mana sambutan di luar dugaan sekali.. Diorang ni suka main sebab ramai lelaki kot, bleh jual saham sekali.. Agaknya...

Sebanyak 20 pasukan lelaki & hanya 4 pasukan wanita yang bertanding.. Pada sebelah pagi perlawanan peringkat kumpulan untuk kategori lelaki di langsungkan.. Sebelah petangnya pula, perlawanan suku akhir untuk kategori lelaki dan kumpulan untuk kategori wanita berlangsung..

Kalah menang adat bertanding, aku pernah merasai erti kemenangan dan aku selalu merasa erti kekalahan.. Tahniah kepada pemenang.. Kepada yang tewas, pebanyakkan latihan & cuba lagi tahun depan..

Arena Sport Prima

Pendaftaran

Perasmian, berucap seorang.. Tiada yang amik peduli..

Taklimat ringkas dari ketua pengadil..

Gadis & piala..




Suasana tempat letak kereta..


Cedera!!! Biasa la, tak nak cedera main ceper je la..


Pertembungan adik beradik..

Ini bukan juara sebenar.. Diorang ni
tak malu bergambar dengan piala..

Pada hari juga, ada 1 lagi tournament di sana,
tapi untuk budak sekolah rendah.. Stylo Mylo nama tournamentnya..
Budak 3 orang ni mintak aku amik gambar,
lepas tu kena marah dengan coach sebab game dah nak start..

Taklimat pengadil..
"Kalau team pompuan korang wat muka hensem sikit,
team lelaki jangan bagi can" agaknya la dia cakap macam tu..

Betul betul marah ni.. Nak menang sangat ke bro..


Yang perempuan pun ada yang tercedera,
bola dah kat kaki pun tendang tak kena..


Kan dah dapat kad kuning.. Pengadil ni antara
yang "best" untuk di tonton gelagatnya..

Jejaka panas!!!!

Perlawanan penentuan tempat ke 3 & 4..

Perlawanan akhir antara pasukan apa aku pun tak ingat..



Nak tengok lebih lagi??? Klik Sini.. Kalau nak lebih lagi, jumpa aku...

Monday 12 October 2009

Persoalan pasal bola


Kenapa masa perlawanan bolasepak adalah 45 minit, dan bukannya 30minit ataupun 1 jam (utk separuh masa)?

Saintis sukan dan pemain-pemain veteran juga tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Di dalam kemusykilan tersebut, ada seseorang yang memberikan jawapan yang boleh diterima.

Dia menjawab.... "Sebab mengapa bolasepak dimainkan dalam 45 minit ialah...

Terdapat 2 pasukan didalam setiap perlawanan dan ada 11 orang pemain disetiap pasukan. Setiap pemain mempunyai "2 biji bola" dan membawanya setiap masa semasa bermain didalam padang.

Jadi, jumlah kesemua bola untuk kedua-dua pasukan ialah 44 biji bola. Terdapat sebiji bolasepak yang digunakan didalam perlawanan. Oleh itu, jumlah keseluruhan ialah 45 minit.

Persoalan terjawab !!!

Tetapi, kadang-kadang ada masa tambahan selama 2 minit...itu adalah "bola referee"!

Friday 2 October 2009

Perodua MPV

Kepada sesiapa yang sedang berangan angan kepingin hendak membeli MPV, mungkin gambar ini boleh melambatkan niat suci korang itu.. Perodua akan melancarkan model MPV pertama mereka, katanya hujung tahun ini (November).. Sama samalah kita nantikan nama rasmi model terbaru ini..

Dari segi rupa, taklah hodoh sangat sebab model ini disalin dari model Passo Sette keluaran Toyota dan Boon Luminas dari Daihatsu.. Harga pula dalam lingkungan RM65k.. Nak lawan dengan Exora kot.. Aku postkan gambar ketiga-tiga model tersebut, maka korang tengok la perbezaannya..

Kepada kaki modified kereta, aku rasa MPV ni berpotensi untuk diubahsuai seperti model-model perodua terdahulu.. Bernyawa kembalilah kedai potong kereta yang sesuka hati meletakkan harga yang kadang kala tak masuk akal..

Peodua MPV

Toyota Passo Sette

Ruang dalaman Perodua MPV

Ruang dalam Passo Sette

Perodua MPV

Daihatsu Boon Luminas

Thursday 1 October 2009

Kisah Seorang Lelaki..

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap:: woow, cool giler…
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat…
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?

Wednesday 30 September 2009

Iklan Raya 2009

Raya tahun aku rasa iklan raya di kaca tv berkurangan sedikit berbanding tahun-tahun lepas.. Mungkin banyak syarikat yang berasa iklan hari raya tidak penting untuk mempromosikan produk mereka ataupun lebih nak simpan duit syarikat di kala kantung syarikat sedang goyah..

Aku tertarik dengan beberapa iklan yang ditayangkan, antaranya seperti di bawah ini..




Kisah budak sekolah yang comel menyampaikan amanat emaknya menjemput kawan-kawannya beraya di rumah mereka semasa perhimpunan sekolah.. Pada pendapat aku suara dan kecomelan budak itu menarik penonton menonton iklan itu..




Budak-budak datang beraya tetapi mengharapkan air sirap tidak dihidangkan kepada mereka.. Sampai berdoa lagi.. Ada unsur unsur homur membuat penonton sedikit tersenyum.. Class untie..

Petronas hanya menayangkan iklan lama-lama mereka.. Mungkin menghargai karya arwah Yasmin ataupun sedang mencari idea untuk membuat iklan hebat seperti terdahulu..

Ada iklan raya ataupun tidak, raya tetap disambut samada meriah ataupun tidak terpulang kepada kita meraikannya..

Monday 28 September 2009

Takziah

Al-fatihah.. Takziah kepada ahli keluarga & waris almarhum JMD, di atas pemergiannya menyahut panggilan Ilahi pada 1213 pagi 26 September 2009 bersamaan 7 Syawal 1430H tempohari..

Lebih kurang setahun lepas beliau pergi meninggal teman-teman untuk bekerja di KSA, tetapi pada kali ini permergian beliau tidak kembali lagi..

Berakhirlah penderitaan beliau menerima sakit ujian Allah SWT yang ditanggungnya dengan penuh ketabahan..

Semua kenangan bersama beliau sepanjang hayatnya kini hanya tinggal memori.. Semoga rohnya dijujuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. InsyaAllah.. Amin..

Wednesday 16 September 2009

Aidilfitri 1430H


Salam Lebaran 1430H..

Suka aku di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua pengunjung blog aku yang tak seberapa ini.. Semoga kalian semua bergembira di hari lebaran ini tidak kira di mana kalian berada samada di desa tercinta, di tempat kerja, di jalan raya atau pun sekadar lepak-lepak di rumah mengunyah kuih raya yang rupanya lain tapi rasanya sama sambil menonton rancangan rancangan hari raya di hadapan tv LCD 32" kalian..

Di kesempatan ini juga aku mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf ke atas segala kesilapan, kekhilafan, keterlanjuran kata-kata mahupun perbuatan yang telah aku lakukan kepada kalian samada secara sedar atau tidak.. Sesungguhnya kesempurnaan itu bukan milik aku..

Semoga kita dapat bersua lagi pada Ramadhan akan datang.. Terima Kasih semua..

Oops!!!
Layan kejap iklan raya dulu-dulu.. Teringat masa budak-budak.. Sekarang dah tiada iklan sebegini kebanyakkan iklan bermain dengan perasaan sedih di hari lebaran..



Tuesday 1 September 2009

15Malaysia

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia..
*Aku copy & paste je dari web dorang..

Antara filem yang terdapat di situ:



MARI TONTON Di sini...

Friday 21 August 2009

Ramadan 1430


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak kepada semua pengunjung blog ini..
Semoga kita dapat melaksanakan ibadah puasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi berpuasa semuanya daripada tingkah laku, percakapan dan memperbanyakkan amalan di bulan mulia ni..

Sunday 2 August 2009

Search Di Awan Biru

Seperti yang aku dirancang, aku berjaya menonton konsert SEARCH di awan biru, bukan cawanbiru (ni email aku) pada 1hb 8 09 di Bukit Kiara Equestrian Polo Club.. Walaupun jalan jalan di KL sesak teruk dan ada yang ditutup..


BERBALOI BALOI 1..

Aku rasa macam tak berbaloi pun.. Sebab sebabnya:

1- Lokasi konsert yang kurang sesuai. Kawasan parking kereta tidak sediakan, terpaksa parking di Pusat Sains Negara dan ada pula golongan yang mengambil kesempatan mengambil bayaran RM10. Tapi lebih ramai yang berani mengambil risiko di tarik kereta kerana parking di tepi jalan dan sanggup berjalan kaki sejauh lebih 1km.. Dan akhirnya menyebabkan jalan masuk ke Bukit Kiara tertutup terus.. Dengar dengar pada mulanya konsert ini akan dilangsungkan di Stadium Nasional tetapi terpaksa ditukar ke Bukit Kiara kerana masalah dalaman..

Gerai-gerai menjual pelbagai jenis cenderamata.. Tapi aku tak beli 1 apa pun..

2- Konsert bermula lewat. Search terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan terpaksa menaiki motosikal ke tapak konsert.. Hampir sejam kelewatan, konsert mula lebih kurang pukul 945pm.. Amy kurang berkomunikasi dengan penonton kerana mengejar masa menghabiskan konsert.

Suasana di pintu masuk waktu petang..

3- Sound system kurang memuaskan.. Lagu pembukaan panggung khayalan, Amy buka mulut "sebuah panggung yang bernama minda" tapi suara tidak kedengaran, mikrofon tak berfungsi.. Apabila masalah mic diatasi, kualiti bunyi ok sikit dari kugiran keje kahwin, dah macam nyanyi karaoke kat Diva pun ada juga.. Lagu kedua balada pemuzik jalanan, lagi bencana terbesar menimpa.. Tengah syok melayan, tetiba karen blackout di pentas.. Potong stim betul.. Tertunda hampir 10 minit.. Lepas tu, konsert diteruskan dan kualiti bunyi semakin diperbaiki dari lagu ke lagu..

Pentas konsert

4- Pemilihan lagu kurang bertetapan.. Walaupun kebanyakkan lagu yang didendangkan tahap "ngetop giler & evergreen" tapi hampir ke penghujung konsert, ada juga lagu yang agak asing pada penonton, sehingga ada yang hanya mampu ternganga mulut saja, ada gak yang "miming" je (konon2 tau).. Apabila lagu Isabella dimainkan pada pertengahan konsert, Kid muncul "mengoreng gitarnya" dan bersama sama hingga ke akhir konsert.. Lagu lagu seperti Meniti Titian Usang, Rozana, Kejora, Hilang Dalam Terang, Andai Ku Miliki Semalam, Bisa, Fenomena, Kau Pergi, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Teguh membuat penonton kempunan..

Bersama member lama, jumpa kembali di konsert..

BERBALOI BALOI 2..

Memang aku rasa berbaloi:

1- Konsert berlangsung selama hampir 3 jam.. Ditamatkan dengan lagu Fantasia Bulan Madu pada lebih kurang pukul 1230am.. Panggung Khayalan, Balada Pemuzik Jalanan, Menara Kesesatan, medley Gadis Misteri + Gadisku, Gelora Cintaku, Isabella, Setelah Hujan, Pawana, Pelesit Kota, Diari Habil & Qabil, Mat Rock, Gothik Malam Edan antara lagu yang dipersembahkan.. Yang lain aku tak ingat..

2- Kehebatan Search.. Tak perlu disangkal.. Memang berbaloi walaupun dicacatkan masalah teknikal.. Tapi ini bukan konsert mereka yang terbaik pernah aku tengok.. Rasanya lebih baik 2 konsert mereka di JB 2 & 4 tahun lepas..

3- Penonton ramai.. Aku tak kira berapa ramai.. Tapi memang happening.. Apatah lagi ada yang datang dengan gaya zaman rock 80an.. Seluar ketat kaler merah, kasut Aliph, rambut menggerbang, jaket jeans..

Geng aku menonton konsert.. Aku kenal 2, 3 orang aje, yang lain member kepada member aku..

Sebenarnya pentas dibuka seawal jam 3pm, dimulakan dengan persembahan dari Pesawat, Revenge, Zipp Ziler & Republic Of Brickfields.. Aku hanya sempat menonton persembahan dari ROB saja..

Apa-apa pun, berbaloi atau tidak, yang penting aku berpuas hati..

Tuesday 30 June 2009

Jika Wanita diumpamakan Ikan

Jika Wanita diumpamakan Ikan,

kategori ikan apakah yang jadi favorite anda?


IKAN SALMON
Bentuknya OK, indah, dagingnya pink muda dan enak dimakan.
Tapi sayangnya mahal, soalnya masih boleh diimport. Sesuai… ada nilai, ada kualiti….
INI WANITA BERKERJAYA.....

IKAN ARWANA
Kalo yang ini kalau di aquarium memperlihatkan kesombongan dan keangkuhan kerana tau tubuhnya indah, langkahnya lemah gemalai dan memancing mata.. nakal melihatnya di manapun dia bergaya.....
So pasti harganya mahal kalau ingin memilikinya....
INI PERAGAWATI, CELEBRITY or keatas........

IKAN MAS KOKI
ini jenis ikan lumayan mahal, indah bentuknya, warnanya, dan lenggak- lenggoknya.
Sayangnya hanya boleh dilihat, dikagumi, tak boleh dimakan, kerana termasuk kategori ikan hiasan.....
INI BINI ORANG.......

IKAN BANDARAYA
Jenis ini murah dan selalu menempel di kaca aquarium.
Kalo sudah menempel, susah sgt nk lepaskannya.... mcm gam...
INI AWEK ALIM, ANAK USTAD nii........

IKAN KELI
Kalo yang ini harganya murah, bisa dimakan dimana saja.
Banyak dijual di tepi jalan, harus hati-hati
INI AWEK TEPI JALAN........

IKAN BILIS
Bentuk dan rasanya gitu- gituuu... saja.
Selalu sedap dimakan kalau tidak ada sayur atau tidak ada lauk yang lain....
INI BINI SENDIRI....

Monday 15 June 2009

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


KAYA sebelum MISKIN
MUDA
sebelum TUA
LAPANG sebelum SEMPIT
SIHAT sebelum SAKIT
HIDUP sebelum MATI

Thursday 21 May 2009

Facebook tak selamat!


LAMAN sosial terkemuka, Facebook perlu mengkaji semula Soalan Keselamatan jika pengguna terlupa kata laluan untuk membolehkannya memasuki akaun tertentu.

Ini kerana soalan terbabit mungkin mudah diketahui orang lain memandangkan jaringan Facebook merangkumi rakan atau keluarga yang pasti mengetahui jawapan jika diajukannya bagi tujuan keselamatan.


Ia ditimbulkan dalam blog pengendali keselamatan F- Secure yang memberi contoh soalan 'Bila Hari Jadi Ibu', 'Nama Ayah' atau 'Nama Guru' berkemungkinan tidak relevan untuk digunakan dalam laman web sosial sebagai pengganti kata laluan.

Facebook mengandungi kawalan peribadi yang baik kerana menghadkan maklumat daripada disalurkan kepada pengguna lain namun sebaliknya jika ia mahu mengenalpasti pemilik akaun sebenar.

Menurut blog itu, mengemukakan soalan berdasarkan maklumat sosial mungkin tidak sesuai digunakan di laman web sosial memandangkan penggunanya tergolong dari kalangan rakan dan mereka pasti tahu jawapan terbabit.

"Facebook patut menyemak semula perkara ini," kata blog itu