Sunday, 2 August 2009

Search Di Awan Biru

Seperti yang aku dirancang, aku berjaya menonton konsert SEARCH di awan biru, bukan cawanbiru (ni email aku) pada 1hb 8 09 di Bukit Kiara Equestrian Polo Club.. Walaupun jalan jalan di KL sesak teruk dan ada yang ditutup..


BERBALOI BALOI 1..

Aku rasa macam tak berbaloi pun.. Sebab sebabnya:

1- Lokasi konsert yang kurang sesuai. Kawasan parking kereta tidak sediakan, terpaksa parking di Pusat Sains Negara dan ada pula golongan yang mengambil kesempatan mengambil bayaran RM10. Tapi lebih ramai yang berani mengambil risiko di tarik kereta kerana parking di tepi jalan dan sanggup berjalan kaki sejauh lebih 1km.. Dan akhirnya menyebabkan jalan masuk ke Bukit Kiara tertutup terus.. Dengar dengar pada mulanya konsert ini akan dilangsungkan di Stadium Nasional tetapi terpaksa ditukar ke Bukit Kiara kerana masalah dalaman..

Gerai-gerai menjual pelbagai jenis cenderamata.. Tapi aku tak beli 1 apa pun..

2- Konsert bermula lewat. Search terperangkap dalam kesesakan jalan raya dan terpaksa menaiki motosikal ke tapak konsert.. Hampir sejam kelewatan, konsert mula lebih kurang pukul 945pm.. Amy kurang berkomunikasi dengan penonton kerana mengejar masa menghabiskan konsert.

Suasana di pintu masuk waktu petang..

3- Sound system kurang memuaskan.. Lagu pembukaan panggung khayalan, Amy buka mulut "sebuah panggung yang bernama minda" tapi suara tidak kedengaran, mikrofon tak berfungsi.. Apabila masalah mic diatasi, kualiti bunyi ok sikit dari kugiran keje kahwin, dah macam nyanyi karaoke kat Diva pun ada juga.. Lagu kedua balada pemuzik jalanan, lagi bencana terbesar menimpa.. Tengah syok melayan, tetiba karen blackout di pentas.. Potong stim betul.. Tertunda hampir 10 minit.. Lepas tu, konsert diteruskan dan kualiti bunyi semakin diperbaiki dari lagu ke lagu..

Pentas konsert

4- Pemilihan lagu kurang bertetapan.. Walaupun kebanyakkan lagu yang didendangkan tahap "ngetop giler & evergreen" tapi hampir ke penghujung konsert, ada juga lagu yang agak asing pada penonton, sehingga ada yang hanya mampu ternganga mulut saja, ada gak yang "miming" je (konon2 tau).. Apabila lagu Isabella dimainkan pada pertengahan konsert, Kid muncul "mengoreng gitarnya" dan bersama sama hingga ke akhir konsert.. Lagu lagu seperti Meniti Titian Usang, Rozana, Kejora, Hilang Dalam Terang, Andai Ku Miliki Semalam, Bisa, Fenomena, Kau Pergi, Mentari Merah Di Ufuk Timur dan Teguh membuat penonton kempunan..

Bersama member lama, jumpa kembali di konsert..

BERBALOI BALOI 2..

Memang aku rasa berbaloi:

1- Konsert berlangsung selama hampir 3 jam.. Ditamatkan dengan lagu Fantasia Bulan Madu pada lebih kurang pukul 1230am.. Panggung Khayalan, Balada Pemuzik Jalanan, Menara Kesesatan, medley Gadis Misteri + Gadisku, Gelora Cintaku, Isabella, Setelah Hujan, Pawana, Pelesit Kota, Diari Habil & Qabil, Mat Rock, Gothik Malam Edan antara lagu yang dipersembahkan.. Yang lain aku tak ingat..

2- Kehebatan Search.. Tak perlu disangkal.. Memang berbaloi walaupun dicacatkan masalah teknikal.. Tapi ini bukan konsert mereka yang terbaik pernah aku tengok.. Rasanya lebih baik 2 konsert mereka di JB 2 & 4 tahun lepas..

3- Penonton ramai.. Aku tak kira berapa ramai.. Tapi memang happening.. Apatah lagi ada yang datang dengan gaya zaman rock 80an.. Seluar ketat kaler merah, kasut Aliph, rambut menggerbang, jaket jeans..

Geng aku menonton konsert.. Aku kenal 2, 3 orang aje, yang lain member kepada member aku..

Sebenarnya pentas dibuka seawal jam 3pm, dimulakan dengan persembahan dari Pesawat, Revenge, Zipp Ziler & Republic Of Brickfields.. Aku hanya sempat menonton persembahan dari ROB saja..

Apa-apa pun, berbaloi atau tidak, yang penting aku berpuas hati..

2 comments:

ai@reel said...

wahhh makin angin sorang2......ke berdua?eheheh

Rashid a.k.a apex said...

sorang2 je bro..
abis semua tak layan rock, main dangdut je.. hehehe