Wednesday 30 September 2009

Iklan Raya 2009

Raya tahun aku rasa iklan raya di kaca tv berkurangan sedikit berbanding tahun-tahun lepas.. Mungkin banyak syarikat yang berasa iklan hari raya tidak penting untuk mempromosikan produk mereka ataupun lebih nak simpan duit syarikat di kala kantung syarikat sedang goyah..

Aku tertarik dengan beberapa iklan yang ditayangkan, antaranya seperti di bawah ini..




Kisah budak sekolah yang comel menyampaikan amanat emaknya menjemput kawan-kawannya beraya di rumah mereka semasa perhimpunan sekolah.. Pada pendapat aku suara dan kecomelan budak itu menarik penonton menonton iklan itu..




Budak-budak datang beraya tetapi mengharapkan air sirap tidak dihidangkan kepada mereka.. Sampai berdoa lagi.. Ada unsur unsur homur membuat penonton sedikit tersenyum.. Class untie..

Petronas hanya menayangkan iklan lama-lama mereka.. Mungkin menghargai karya arwah Yasmin ataupun sedang mencari idea untuk membuat iklan hebat seperti terdahulu..

Ada iklan raya ataupun tidak, raya tetap disambut samada meriah ataupun tidak terpulang kepada kita meraikannya..

Monday 28 September 2009

Takziah

Al-fatihah.. Takziah kepada ahli keluarga & waris almarhum JMD, di atas pemergiannya menyahut panggilan Ilahi pada 1213 pagi 26 September 2009 bersamaan 7 Syawal 1430H tempohari..

Lebih kurang setahun lepas beliau pergi meninggal teman-teman untuk bekerja di KSA, tetapi pada kali ini permergian beliau tidak kembali lagi..

Berakhirlah penderitaan beliau menerima sakit ujian Allah SWT yang ditanggungnya dengan penuh ketabahan..

Semua kenangan bersama beliau sepanjang hayatnya kini hanya tinggal memori.. Semoga rohnya dijujuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. InsyaAllah.. Amin..

Wednesday 16 September 2009

Aidilfitri 1430H


Salam Lebaran 1430H..

Suka aku di sini mengucapkan Selamat Hari Raya Idulfitri kepada semua pengunjung blog aku yang tak seberapa ini.. Semoga kalian semua bergembira di hari lebaran ini tidak kira di mana kalian berada samada di desa tercinta, di tempat kerja, di jalan raya atau pun sekadar lepak-lepak di rumah mengunyah kuih raya yang rupanya lain tapi rasanya sama sambil menonton rancangan rancangan hari raya di hadapan tv LCD 32" kalian..

Di kesempatan ini juga aku mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf ke atas segala kesilapan, kekhilafan, keterlanjuran kata-kata mahupun perbuatan yang telah aku lakukan kepada kalian samada secara sedar atau tidak.. Sesungguhnya kesempurnaan itu bukan milik aku..

Semoga kita dapat bersua lagi pada Ramadhan akan datang.. Terima Kasih semua..

Oops!!!
Layan kejap iklan raya dulu-dulu.. Teringat masa budak-budak.. Sekarang dah tiada iklan sebegini kebanyakkan iklan bermain dengan perasaan sedih di hari lebaran..



Tuesday 1 September 2009

15Malaysia

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia..
*Aku copy & paste je dari web dorang..

Antara filem yang terdapat di situ:



MARI TONTON Di sini...