Tuesday 8 February 2011

Makanan Arab..

Jalan-jalan cari makan.. Tapi sebenarnya serampang dua mata bak kata pepatah melayu sambil menyelam minum air.. Alang-alang sudah sampai ke KL apalah salahnya mencari tempat makan yang tiada di tempat aku..

Aku memilih makanan arab di Restoran Zam Zam (bukan PJ PJ,ada membe aku cakap macam tu, hahaha). Sebelum ini pun aku pernah makan di Restoran Saba di Cyberjaya tetapi yang ini lebih 'special' rasanya. Apa yang 'specialnye'?


1. Tengok dari luar pun dah 'grand banget'. Semakin teruja untuk mencuba. Tapi restoran hanya separuh dari bangunan je (yang ada awning).




2. Apabila sudah masuk lagi la teruja. Deco menarik dan kerusi pun cantik dan selesa untuk duduk, tapi sebelah dalam je, yang di luar kerusi plastik gak tapi bukan seperti yang terdapat di kedai makan biasa. Aku rasa restoran ni 2 tingkat.




3. 'Waiter' pun orang arab 'original' bukan mat bangla. Aku punya la 'speaking' rupa-rupanya pandai cakap melayu. Kagum...




4. Lebih mengagumkan aku, oder pun tulis arab.




5. Menu pelbagai dan pening kepala nak pilih, takut tak sedap (takut tekak tak boleh masuk sebenarnya). Akhirnya aku tanya menu apa yang paling ngetop kat situ. Dengan bangganya 'waiter' tu mencadangkan Chicken Mandy.

Harga RM18, nasi penuh pinggan, ayam separuh. Kalau tengah lapar memang cukup mengenyangkan, tapi kalau dah sampai tahap kebulur, memang tak cukup.




6. Lamb Kabsa (RM15). Daging lembut, orang takde gigi pun boleh makan. Tapi nasi kurang sikit dari Chicken Mandy, harga pun kurang nasi pun kurang.




7. Turkish Coffee. Nak tercekik aku tunggu air ni. Rasa amatlah pahit, rupanya belum campur gula.




8. Serbuk kopi Turki. Dibancuh di dalam bekas tembaga, rasa arang pun ada gak, aku kena tipu ke macam kopi belalang kot, tapi sedap. Harga RM5.




9. Sekadar gambar hiasan. Lepas makan mesti lap mulut.




Kepada sesiapa yang berminat boleh la mencuba, rasa ok, servis pun ok, harga kurang ok sikit. Air buah pun boleh cecah RM10. Oder tak sampai 5 minit makanan dah sampai cuma air je dah abis makan baru sampai. Mungkin aku oder air 'special' sangat, kena impot dari Turki.

Alamat posmen:

Restoran Zam Zam
Komplek Oasis 9
Jalan Tengku Ampuan Zabedah F9/F
Seksyen 9
40100 Shah Alam, Selangor.

Alamat GPS:

N 03 5.162
E 101 31.326


3 comments:

Jemari Matakia said...

Memang teruja gi sini... Sedap sangat nasinya... Saya yang xbape nak makan nasi jenis macam nie pun rasa macam nak tmbh nasi... Lembut plak tue

Rashid a.k.a apex said...

Memang la sedap.. Sape yang bayar..hahaha

Jemari Matakia said...

sape ye yang bayar... tetiba terus cirit birit... huhuhuhu