Monday 26 May 2008

Minyak Oh Minyak...

Esok harga minyak akan diperbincangkan lagi, lebih 2 tahun harganya kekal pada harga RM1.92 setelah dinaikkan sebanyak 30 sen oleh kerajaan pada 28 Feb 2006. Pada ketika harga minyak mentah di pasaran dunia sekarang mencecah sehingga USD135 setong, kerajaan telah membuat keputusan untuk memperbincangkan kembali harga sumber bumi yg amat berpengaruh kepada kehidupan manusia ini .

Adakah kerajaan BN akan meragut subsidi minyak drpd rakyat jelata?
Adakah harga barang2 akan turut naik?
Adakah akan ada langkah2 bijak @ bodoh untuk menangani masalah ini?

Pelbagai cadangan kedengaran, ada yg ingin mengikut sistem "Food Mart" yg di amalkan di US. Ada pula yg mahu sistem pemberian kupon kepada rakyat yg berpendapatan rendah untuk pembelian petrol. Pendekatan lain yg mahu di ambil seperti pemberian subsudi petrol mengikut cc kenderaan, lagi la byk penipuan nanti..

Apa pun sama2 lah kita tunggu perjalanan kisah yg menarik dan hangat ini...

No comments: