Wednesday 4 June 2008

Selamat Tinggal Windows XP

Akhirnya Microsoft telah menjumpai 1 cara dimana anda semua terpaksa menerima kehadiran sistem operasi baru mereka ni iaitu Windows Vista untuk menggantikan windows XP..

Pada 30 Jun 2008, Microsoft akan menamatkan sistem operasi yang cukup terkenal Windows XP (x kira yg guna ori @ rm5 punye)

JANGAN TAKUT !!!!! Pengguna Windows XP masih lagi boleh menggunakan sistem operasi ini sehingga akhir hayat..sampai bila2 lah tetapi produk support seperti security software update dari Microsoft akan tamat pada 14 April 2009.

Microsoft melakukan ini kerana ingin menjadikan Windows Vista terkenal disebabkan ia adalah sistem operasi meraka yang terbaru…Microsoft menamatkan semuakan sistem operasi yang terdahulu untuk memberi laluan kepada Vista berada dipasaran.

XP Timeline30 Jun 2008 Syarikat pengeluar PC memberhentikan pengeluaran PC siap sedia dipasang Windows XP, maknanya semuanya Windows Vista.

31 Jan 2009Microsoft memberhentikan semua penjualan Windows XP di pasaran.

14 April 2009Free live support and warranty akan tamat.

8 April 2014Semua support Windows XP akan tamat. Good bye Windows XP.

Sekarang korang sendiri boleh lihat dimana pakej penjualan komputer, laptop baru semuanya siap sedia dipasang dengan Windows Vista, Susah nak cari komputer atau laptop baru yang ada driver Windows XP semuanya Windows Vista…Syarikat2 pengeluar PC semuanya sudah mula mengeluarkan PC baru yang menggunakan Vista macam Lenovo Y410 (mcm aku punye je)

Windows Vista ni plak ade mcm2 jenis:
1) Windows Vista SE (starter edition)
2) Windows Vista Home Basic
3) Windows Vista Home Premium
4) Windows Vista Business

Kalau ade masa lg, nanti aku cerita plak kelebihan2 Windows Vista.. Aku pun baru guna Vista nih. Macam lg senang je.. Nak cite panjang x bleh, aku nak tuang minyak kereta aku.. Esok dah naik harga.. Gila la kerajaan, nyusahkan rakyat yg telah sedia susah je..


Artikel ini di update menggunakan laptop baru beli + Window Vista Home Premium ori..

No comments: