Sunday 15 June 2008

Kamera Digital

Kali ni aku nak cerita pasal digital kamera pulak. Hampir semua orang dalam zaman youtube ni ada digital kamera. Tak kira la yang murah atau pun yang mahal sekalipun.. Kamera yang mahal biasanya berjenama dan menggunakan lens yang bagus. Yang murah sikit pun ok jugak, janji boleh amik gambar untuk dibuat kenangan..

sekadar gambar hiasan
Semahal mana pun kamera yang dibeli, tapi kalau penjagaannya kurang akan mengakibatkan ketahanan & kualitinya akan berkurangan..

Aku nak kongsi tips2 penjagaan kamera digital kat bawah ni..

1. Beg Kamera Terbaik
Lazimnya kamera digital didatangkan dengan bekas simpanan atau beg kecil untuk kita menyimpan kamera tersebut. Beg ini kadangkala tidak begitu menepati cuaca persekitaran seperti hujan, panas atau untuk anda bawa ketika membuat aktiviti-aktiviti lasak. Oleh itu dapatkan bekas simpanan atau beg kamera terbaik di pasaran yang menawarkan ciri tahan lasak seperti kalis air, tahan impak, kalis habuk dan sebagainya. Ia bukan sahaja boleh melindungi kamera digital anda, malah menjaga peralatannya juga.

2. Gunakan Filter UV
Cara ini baik untuk melindungi lensa kamera digital anda. Gunakan filter seperti Ultra Violet (UV) atau Skylight untuk melindunginya. Lagipun lebih murah untuk mendapatkan Filter berbanding anda perlu membeli lensa baru ia jika rosak.



3. Pelindung LCD
Ini satu lagi masalah yang sering dihadapi oleh kita semua. Belum sampai seminggu pun kamera digital itu digunakan, skrin LCD sudah bercalar. Oleh itu, ketika membeli kamera digital, pastikan anda turut membeli aksesori tambahan seperti pelindung skrin LCD untuk kamera digital anda. Terdapat pelbagai jenis yang boleh didapati di pasaran seperti jenis plastik, boleh terbuka atau jenis berpelekat.



4. Penjagaan Dalaman
Seperti mana bahagian luaran, bahagian dalaman kamera digital juga perlu dilindungi lebih-lebih lagi ketika anda berada di kawasan lembab atau berhabuk di mana ia mudah memasuki bahagian dalam kamera anda. Selain bekas (casing) khas, idea mudah untuk anda melindungi kamera digital adalah dengan menggunakan beg plastik. Pastikan ia diikat dengan kemas pada kamera digital menggunakan gelah getah atau sebagainya (murah dan praktikal).



5. Bersihkan Tangan
Pastikan tangan anda sentiasa bersih untuk mengurangkan risiko lensa kotor, bercalar atau anda mungkin memindahkan kekotoran daripada tangan ke bahagian dalam lensa. Jika anda berada di pantai, pastikan tangan dibasuh terlebih dahulu sebelum menggunakan kamera. Air masin tidak sesuai untuk kamera digital!

6. Tali Penyangkut
Ketika pegang kamera kalau boleh tali di masukkan ke pergelangan tangan. Kalau kamera terlepas dari genggaman pun tali masih menyelamatkan keadaan.

7. Bateri
Kalau rasa tak gunakan kamera dalam jangkamasa yang lama, tanggalkan bateri. Simpan bateri di bekas yang sepatutnya. Dipercayai ia boleh memanjangkan jangka hayat bateri.

Dah aku malas nak menaip lagi. Korang pikir2 lah sendiri langkah2 yang perlu untuk menjaga kamera korang. Kalau rosak gak beli je baru. Tak payah susah2 nak repair.

Artikel ni aku amik dari laman web dan di tokok tambah mengikut pengalaman aku yang tak seberapa ni.

No comments: