Friday 4 July 2008

Dah tak de cerita lagi ke..

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera kepada jutaan pengunjung blog ini..

Dah lama rasanya aku tak update blog aku ni.. Sibuk sikit dengan pelbagai hal yang dirancang dan yang tak dirancang . Lagi pun tak ada cerita yang aku nak blogkan di sini.

Cuma aku tertarik dengan senario politik kat negara kita ni. Tuduh menuduh, fitnah memfitnah, nafi menafi, demo berdemo. Semua nak menutup pekung sendiri. Hari semalam buat pengakuan hari ni tarik pulak. Susah susah saman aje lah orang yang tuduh tu. Kadang-kadang rasa muak & jelak gak dengan cerita sebegini. Tapi kalau tak mengikuti pun susah, tak tau perkembangan semasa pulak.

Dah macam nak darurat je Malaysia. Patutlah ada kawan aku nak ke negara jiran terdekat. Tapi dia orang ke sana bukan nak lari, hanya mencari rezeki yang lebih untuk diri sendiri, keluarga dan masa depan yang lebih berjaya & gemilang. Setiap orang perlu berubah untuk berjaya, dan untuk berjaya pengorbanan ialah salah satu syaratnya.

Ok la, aku ada hal tak dirancang sekarang dan terpaksa berhenti setakat ini. Nanti aku update lagi blog aku ni dengan cerita-cerita yang lebih hebat & hangat lagi.

No comments: