Tuesday 15 July 2008

Jalan-Jalan Cari Ketam


Dah lama aku tak makan ketam, ketam kecik-kecik aku tak reti nak makan. Apatah lagi jajan berperisa ketam.. Tapi baru-baru ni member aku ajak makan pulak, terpaksa lah aku bawak dia makan kat Kg Tangjung Langsat.. Lagipun dia yang paksa, nak tak nak layan je la..
Kalau nak cite kedai ni, memang macam tak selera je nak makan.. Kata orang tak kenal maka tak cinta, macam tu kesimpulan yang boleh dibuat untuk menceritakan kedai ni.
Aku rasa kedai ini speciallist ketam je, sebab yang lain macam tak best sikit masakannya.

Seperti kebiasaannya kalau makan ketam kat sini mesti berlaukkan nasi. Sebab ape berlaukkan nasi? Kerana ketam 2kg makan 3 orang, nasi pulak sepinggan. Kira nasi tu macam laukla. Lauk-lauk sampingan seperti udang masak sambal ngan kailan ikan masin. Ketam pulak masak sweet sour..

Ketam pun dah habis, perut pun dah kenyang apa lagi, bayar le..
Pasal harga pulak, aku rasa masih bleh diterima akal yang waras.. Walaupun meningkat macam harga petrol kat Malaysia.. Sape sape yang kepingin nak makan ketam aku cadangkan datang ke sini, tapi telepon dulu. Kadang kadang ketam sold out.

Nak cite panjang panjang pun bukannya korang baca pun, dah malas aku nak cite, korang pegi le try dulu.. Erkk!! Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut nanti nak makan lagi..

No comments: