Monday 21 July 2008

Kalau tak puas hati race kat trek la..


Release tension, lupakan sekejap cite2 politik & ape2 je yg difikirkan.. Jadi aku telah mempeluangkan diri aku untuk pergi menonton perlumbaan motosikal kat litar Pasir Gudang. Dah lama rasanya aku tak pegi ke trek ni. last sekali bulan 12 2006, tgk cubprix masa tu.. Lagipun takde event yg best pun sepanjang masa tu..
Berbalik kepada cite lumba2 pulak, aku memang minat tgk lumba-lumba moto mahupun kereta. Yang lagi aku minat kalau race tu full track, kalau drag race aku kurang minat sikit sebab kurang mencabar kewibawaan rider tapi keberanian rider sama gak pentingnya..
Semua trek kat Malaysia ni aku dah penah pegi, dari BTSC yg dah tinggal nama je sekarang, trek pasir gudang lagi la banyak kali sampai la ke SIC dah 2 kali aku ke sana..

Berbekalkan tiket RM20, dapatlah aku tgk race.. Tapi yg bagusnya dapat pulak topi kira berbaloi gak la.. Sebenarnya event hari tu bertaraf asia je, race pun tak byk kategori cuma underbone & supersport je tapi ada 2 round, skali belah pagi lagi skali belah ptg..

Kalau dah tgk race ni bukan setakat tgk moto je tapi bleh gak aku cuci2 mata tgk awek2 trek.. Kalau nak dibandingkan dgn yg sebelum ni, kali ni kurang sikit le awek2 kali ni, maybe trainee je kot.. Tu yang buat aku malas nak snap pic ngan dia orang..
Antara pic2 yg sempat tangan aku picit kamera..

Best jugak race hari tu, tapi yg paling best race underbone belah ptg.. Champion menang separuh moto je.. Yg champion tu indon pulak, dah la tu kaki dia pun sakit, macam tu pun boleh menang.. Apa la orang Malaysia terer hanya di jalan raya aje.. Kalau nak tau cite2 pasal race ni korang pegi web ni sendiri aku malas nak cite kat sini..

http://www.fimasiangp.com/

No comments: