Tuesday 10 June 2008

Fakta atau Auta

Macam-macam pengetahuan yang boleh kite perolehi dari internet, kene rajin mencari je... antaranya :

1. Mengunyah 'Chewing Gum' semasa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih.

2. Sebenarnya tiada soda dalam air soda.

3. Sendawa atau bersin merupakan satu kesalahan undang-undang di gereja Omaha, Nebraska sementara memelihara anjing pula melanggar undang-undang di Iceland.

4. Lebih banyak wang 'Monopoli' dicetak setahun berbanding duit sebenar di seluruh dunia.

5. Tulang paha manusia lebih keras berbanding konkrit.

6. Kebanyakan orang menggunakan berus gigi berwarna biru berbanding merah.

7. Tulang rusuk bergerak lima juta kali setahun setiap kali bernafas.

8. Burung pungguk hanya boleh melihat warna biru.

9. Lebah madu mempunyai bulu mata.

10. Badan obor-obor laut terdiri daripada 95 peratus air.

11. Satu perempat jumlah tulang berada di kaki.

12. Mentadak mentadu ialah serangga yang boleh memusingkan kepalanya 360 darjah.

13. Semua kincir angin bergerak mengikut pusingan jam kecuali di Ireland.

14. Seekor gajah dewasa boleh membawa dua gelen air dalam belalainya.

15. Jika ikan emas ditinggalkan dalam bilik gelap selama berberapa minggu, ia akan bertukar kepada warna putih secara perlahan-lahan.

Aku tak pasti kesahihan fakta2 ni, aku pun jumpa artikel ni kat salah satu forum di alam maya.. So lu pikir la sendiri.. Oraiittttt....

No comments: