Friday, 6 June 2008

Cerita pasal RAM

Korang nak upgrade RAM (random access memory) ataupun RAM pc korang rosak?? Tapi pastikan dulu RAM jenis ape pc korang pakai.. DDR 2 ke, DDR 4 ke, SD RAM ke.. Lagi lama jenis RAM, lagi la mahal nak beli.. Oleh itu cepat2 la upgrade..

Kat bawah aku bg cara2 nak tau RAM pc kalau dia rosak..

1. Kenalpasti masalah RAM, cara mengenalpasti masalah RAM , apabila keluar bunyi beep yg dikeluarkan dari motheboard [papan induk].. Bunyi ni dihasilkan apabila BIOS [Basic Input Output System] mengesan masalah pada RAM, samada RAM rosak atau RAM tidak dilletakkan dengan betul…Jadi periksa RAM, pastikan dipasang dengan sempurna…

2. Cabut RAM daripada motherboard.. Gunakan pemadam pensel, raba atau gosok pada jejalur emas kat RAM tu, kemudian lapkan dengan kain kering… Sebab apa ?.. Satu faktor kerosakkan RAM adalah disebabkan kesan cap jari atau habuk yang melekat pada jejalur emas yang menggangu arus elektrik pada RAM tersebut.. Proses ni bagi membersihkan kekotoran yang mungkin melekat pada RAM..

3. Berus Slot RAM, sebelum memasang RAM, sapu slot RAM tu menggunakan berus cat, tak kira la berus yang mahal atau pun yang murah, janji bulunya tak mudah tertanggal. Proses nie bagi membuang habuk-habuk yang berada pada slot tersebut..

4. Pasang semula RAM, jika ada masalah lagi..barulah confirm RAM tu rosak..

Tips nie boleh juga digunakan bagi hardware yang lain seumpama AGP card, network card mahupun sound card..

5. Lagi satu skrin akan jadi biru kalau RAM rosak.. Kalau pakai 2 keping RAM boleh try cabut satu dulu.. Kalau sama juga pakai yang lagi 1.. Maybe RAM yang tadi tu rosak..

Artikel diambil dari sebuah laman web dan diolah mengikut suka hati aku..

No comments: