Saturday 10 May 2008

Masa depan bermula hari ini

Satu inspirasi dari Mahatma Ghandi, katanya :

"The future depends on what we do in the present."

Kita yang menentukan masa depan kita sendiri hari ini, bukan orang lain, sedara mara mahupun rakan sekerja, hanya kita sendiri.
Tiada orang lain melainkan kita saja.Kejayaan di masa depan ditentukan sepenuhnya oleh usaha kita. Makin kuat usaha dan makin banyak ilmu yang digali, maka makin cerah masa depan di hujung sana.Ingat, apa yang kita buat menentukan masa depan kita sepenuhnya.
Jadi, Andai masih tidak berbuat apa-apa, masa depan tetap akan ada, cuma ia tak secerah yang disangka dan tak berjaya seperti yang diduga. Adakah itu pilihan Anda?
Kita yang mencorakkan masa depan. Untuk tahu apa jenis corak yang kita mahu, tanya diri sendiri, apa jenis kejayaan yang kita nak gapai dan dalam bidang apa kita mahu berjaya.Semua orang mahukan kejayaan, tapi tak tahu kejayaan yang bagaimana.
Jadi, Anda perlu kenal pasti apa makna kejayaan bagi diri Anda, sama ada kejayaan sebagai seorang pelajar IPT yang cemerlang, pekerja cemerlang mahupun usahawan cemerlang.Kegemilangan masa depan, dicorakkan oleh tangan Anda.
Fikir kejayaan, usaha ke arah kejayaan.Ambil keputusan untuk menjadi orang berjaya hari ini juga!

No comments: