Sunday 22 February 2009

Layang Layang putus talinya..


Bulan Febuari sememangnya bulan yang meriah kat Pasir Gudang, sebabnya Festival Layang Layang Antarabangsa berlangsung pada bulan ni.. Entah apa pasal dalam banyak banyak bulan, Feb juga di pilih. Mungkin bulan ni cuaca dijangka baik dengan kadar angin yang agak kuat berbanding bulan bulan lain.

Memandangkan rumah aku dengan venue acara ni di Bukit Layang Layang lebih kurang sekangkang king kong aje, aku pun berkesempatan mengunjunginya beberapa kali.. Lagipun bukannya mudah nak tengok layang layang yang pelik pelik, yang kekadang terlintas dalam kepala "macam ni pun boleh terbang ke?".. Sambil tu dapat juga aku mencuci mata..

Acara berlangsung dari pagi sampai ke malam selama 6 hari bermula 17 - 22 Feb.. Akan tetapi layang2 hanya diterbangkan pada seisi sebelah siang sahaja.. Seisi malam acara kebudayaan seperti keroncong, nasyid, zapin, kuda kepang dan seangkatan dengannya..

Antara gambar2 yang sempat aku tangkap..

Sotong terbang di awang-awangan..

Sang katak pula mengejar..

Stunt kite.. Layang2 berirama.. Best tengok ni..

Jerung menunggu mangsa di udara..

Sebahagian suasana..

Yang ni tak terbang.. Cuma bawa berlari je..

Sang rimau skodeng mangsa..

Sponsor yang punya..

Sponsor berucap..

TMJ bersama RMJ merasmikan..

TMJ berangkat pulang..

Ghazal di waktu malam..

Zapin.. Stendet la Johor..


Untuk lebih gambar menarik sila ke SINI!!!

No comments: