Tuesday 14 April 2009

Promo: Bohsia & Setem

Dah lama aku tak menjengah pawagam untuk menonton filem atau pun sekadar melepaskan kebosanan.. Tapi semenjak aku tertonton 2 buah trailer filem melayu di Youtube yang akan menjenguk pawagam seantero Tanah Malaya tak lama lagi, aku rasa teruja kembali nak bagi duit aku kepada tokey panggung..


Filem 1: Kisah kehancuran anak2 muda sekarang.. Pengarah anak Usop Aslam.. Aku harap aksi2 dalam filem ni jangan macam filem dia yang dulu, Evolusi KL Drift.. Shot semua bergoyang, hilang syok nak tengok.. Bapak buat cite polis, anak buat cite pasal nak lawan polis.. Lantak korang le.. Tapi yang pasti Sarjan Misai takde dalam filem ni..


Filem 2: Dari pengarah yang pada aku reti bermain dengan kamera dengan shot2 menarik.. Tapi tak tau le cite yang ni.. Trailer macam best, jangan hampas sudah le..

Kepada korang yang menyokong cite melayu, dipersilakan pergi menebalkan kocek2 tokey panggung & penerbit cite ni.. Kepada yang tak berminat, tunggu je la kat astro 2,3 bulan lagi keluar la tu.. Kalau tak tahan sangat nak tunggu, beli la je la vcd, tapi pastikan yang original copy atau pun yang murah punye..

4 comments:

woodywoodpecker said...

Menariknya tentang filem nie, kita dengar n tengok tajuk filem nie dah tahu jalan ceritanya macamane... Klu ikut pengalaman menonton wayang ni pada jumaat lepas, boleh diucapkan tahniah wat anak teruna yusof haslam, shamsul... good try for him... walaupun ada gak babak2 yang buat rasa macam tengok drama sembilu. Lebih2 lagi watak yang dilakonkan sendiri oleh director filem nie.

Dalam scene filem nie, ada yang memang nampak macam 'real' dan mengisahkan family background adalah punca 'bohsia' n 'mat rempit' terjadi. Kalu dilihat watak mus (lakonan shamsul), memang nampak kaku dan ada xkena aje. rasanya jika diberi peluang watak tue dilakonkan Zul Huzaimi(remp-it) lagi menjadi.


yang pasti, tonton wayang nie, penuh satu panggung ngan mat2 yang serupa ngan mat rempit...

Rashid a.k.a apex said...

Tak tgk lagi.. Takde masa yg sesuai nak pegi panggung. No komen..

Jemari Matakia said...

Kita tengok same2 ye filem setem...

Rashid a.k.a apex said...
This comment has been removed by the author.