Wednesday, 13 May 2009

Petrol RON 92 mula dijual

PUTRAJAYA: Bermula 1 September depan, petrol RON 92 akan digantikan sepenuhnya dengan petrol baru RON 95 yang dijual pada harga RM1.75 sen seliter selaras usaha kerajaan memastikan rakyat mendapat petrol lebih berkualiti pada harga yang disubsidikan.

Pengenalan petrol RON 95 dimulakan di dua stesen minyak Petronas di Presint 9 di sini mulai semalam yang akan dikenali sebagai Primax 95, sebelum diperluaskan ke stesen minyak lain di seluruh negara secara berperingkat.

Selaras dengan pengenalan petrol RON 95 itu, kerajaan akan menjadikan RON 97 sebagai produk premium yang dinaikkan pada kadar RM2 berbanding RM1.80 seliter ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini terdapat dua jenis produk petrol di pasaran iaitu RON 92 yang dijual pada harga RM1.70 seliter dan RON 97 pada harga RM1.80 seliter.

Beliau berkata, walaupun harga RON 92 lebih rendah, bilangan penggunaannya sekitar lima hingga 10 peratus daripada jumlah penggunaan keseluruhan petrol di negara ini.

“Perbincangan dengan industri kenderaan bermotor mendapati spesifikasi minimum bagi kebanyakan enjin kenderaan yang digunakan di negara ini adalah RON 91 dan penggunaan RON 97 adalah membazir kerana melebihi keperluan.

“Malah, kebanyakan negara luar seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah menggunakan RON 95 yang lebih berkualiti berbanding RON 97 dan ini sekali gus menggambarkan pengguna di negara ini tidak mendapat maklumat tepat mengenai produk petrol yang sesuai untuk enjin kenderaan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan RON 95, semalam.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Tan Lian Hoe; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Mohd Zain Mohd Dom dan Pengerusi Petronas Dagangan Berhad, Datuk Anuar Ahmad.

*Ihsan Harian Metro

4 comments:

azhar said...

apa kes minyak nie...

kasi apung la harga minyak..tak payah la RON 97 tu nak jual RM2/liter..kasi apung terus..ikut harga minyak dunia..

RON 95 kaji sebulan sekali macam dulu masa shahrir samad jadi menteri...

dulu sibuk nak kaji harga minyak domestik sebulan sekali..bila harga minyak dunia dah rendah betul..buat harga lantai pulak..

sekarang dah balik macam dulu..nanti bila harga minyak dunia melambung lagi sekali...terus naikkan harga minyak domestik 44%...

akai taruk kat lutut gamaknya..

Rashid a.k.a apex said...

taktik baru nak naikkan harga minyak.. jual gred rendah dgn harga rendah sikit tapi yang biasa dinaikkan pulak..

05/02/09 said...

aku baru nak beli kereta...macam ni buat aku panas hati...........nampaknya pikir 2 kali argh sebelum beli uhuhuhuuhu...melemahkan semangat aku je......

Rashid a.k.a apex said...

pemanduan berkhemah di tagih ketika ini..