Thursday 3 March 2011

Festival Layang-Layang Sedunia..

Seperti tahun-tahun lepas, Pasir Gudang pasti di meriahkan dengan Festival Layang-Layang bertaraf antarabangsa pada pertengahan bulan Febuari. Entah kenapa acara ini diadakan pada bulan ini, mungkin angin kuat dan cuaca baik agaknya..

Setelah berjaya mencipta rekod Wau Merak terbesar pada tahun 2000 (aku pun tak ingat), pada edisi kali ini penganjur ingin mencipta satu lagi rekod baru iaitu menerbangkan 3000 layang-layang pada satu masa (semasa perasmian oleh Sultan Johor) tetapi aku tidak pasti berjaya atau tidak kerana aku tidak berkesempatan datang semasa acara perasmian..

Namun kelapangan masa pada hari Jumaat sehari sebelum perasmian telah membawa aku ke Bukit Layang-Layang untuk merasai kemeriahan di sana.. Aku rasa penganjuran tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya, yang berbeza gerai jualan bertambah dan tiada parking berbayar.. Tapi pengunjung tetap ramai, lebih ramai dari biasa..

1. Layang-layang gergasi cuba 'menawan' Bukit Layang-Layang.




2.



3. Bendara negara-negara yang menyertai festival tahun ini.. Rasanya lebih banyak penyertaan tahun ini..



4. Pemain layang-layang tegar..



5. Aksi ketika pertandingan layang-layang Rokukku..



6. Tambah lagi aksi acara yang sama..





7. Antara layang-layang yang sempat diterbangkan pada hari tersebut, walaupun angin agak kurang bertiup kencang..



8. Yang ini baru rasanya, tak pernah tengok sebelum ni..




9. Mega Ray bersaiz kecil..



10. Hidupan laut di udara..



11. Sekadar gambar tambahan..



12. Aksi budak-budak menonton layang-layang yang jarang ditemui dan agak sukar diterbangkan..



13.




14. Sampai ternganga mulut..




15. Kipas di gerai jualan cenderamata..




16. Maskot baru KFC?..



*Kelewatan update cerita ini ada kena mengena dengan bekalan internet..

No comments: