Thursday 22 December 2011

Johor Premium Outlet (JPO)..

Johor Baharu sekarang kian maju. Jalan-jalan raya pun dah berlapis-lapis. Pelbagai tempat-tempat tarikan pelancong terbaru dibuka.Tahun depan taman tema Legoland akan dibuka di Nusajaya. Memang ini yang dinanti-nantikan oleh sekalian umat. Boleh lawan Universal Studio di Kota Singa. Tapi bab tiketnya masih belum diketahui lagi setakat ini.

Sebelum itu  sebuah lagi komplek membeli-belah mewah dibuka dengan rasminya. Lokasi ni Kulaijaya dan namanya pula Johor Premium Outlet ataupun lebih 'glamer' dipanggil JPO. Berlokasi di tepi lebuhraya PLUS menghala ke Senai dah masih di kelilingi ladang kelapa sawit.

Pada pendapat aku tiada apa yang menarik sangat di situ, melainkan anda seorang kaki ' shopping' barang-barang berjenama.  Bermacam-macam jenama mewah dihimpunkan di sini dan kebanyakkannya kedai menjual pakaian. Sehinggakan jenama yang tidak pernah didengarkan pun terdapat di situ (mungkin aku yang tahu pasal jenama tersebut).

Tempat letak kereta yang banyak memudahkan pengunjung window shopping
Dikatakan kedai-kedai di sini memberi potongan diskaun dari 25% hingga 65% bagi barang terpilih setiap hari. Memang betul, tapi pada aku ianya masih belum mampu sangat untuk membeli-belah di sini melainkan tengok dan 'blah' dari situ.

Sedap sangat ke coklat ni?
Kalau mencari kedai menjual 'gadjet' terkini, bukan di sini tempatnya. tiada satu pun kedai menjual barang-barang digital kegilaan anak muda masakini. Di antara kedai-kedai yang terdapat di sini seperti  Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Oroton, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tommy, Adidas, Nike dan lain-lain lagi.


Pink Jambu, nama yang menarik
Sampai beratur untuk  masuk ke kedai Coach. Tak pasti samada masuk untuk membeli atau tengok-tengok atau pun tangkap gambar dengan beg, lepas tu 'upload' dalam Facebook.
Cuba teka kedai apa ini?
Beratur tapi tak ramai
Sekadar menoleh dan melalui pintu masuk

Ramai orang terkesima ingin memiliki barang berjenama 'original'
Kedai jam Fossil, selalu beli di Lelong.com
Tempat permainan kanak-kanak juda disedikan untuk melekakan anak-anak supaya ibu bapa senang bershopping sakan
Kalau tak puas di situ, boleh main air pancut pula
Dan semestinya baju baru menanti selepas basuh kuyup

Maka ramailah orang membawa beg ditangan seperti menonton drama di TV adegan anak orang kaya pergi  'shopping' bersama teman lelakinya.

Tidak semua kedai aku masuk, tapi dari apa yang aku lihat di kedai 'peberet' aku seperti Nike, Adidas, Levis, Puma dan beberapa lagi, barang-barang yang dijual di situ agak berlainan dengan kedai-kedai yang berada di luar sana. Mungkin stok lama sebab tu boleh bagi diskaun sampai 65%.

Aku ada rasa satu lagi dan semua orang pun rasa macam aku rasa agaknya - tempat ini bukan untuk semua orang Johor dan tempatan tapi untuk orang Singapura. Negeriku dijajah kembali.

No comments: