Tuesday 2 September 2008

Nak Jimat Minyak..

1- Kurangkan sebanyak mungkin beban pada kenderaan anda. Apa2 saja barang yg tak penting dan mampu menambahkan beban pembawaan pada kenderaan adalah lebih baik di keluarkan..
Jangan jadikan kenderaan anda sebagai rumah bergerak anda.. Selain dapat mengurangkan beban dan menjimatkan minyak, bahagian dalaman kenderaan anda akan kelihatan kemas dan menenangkan mata memandang..

2- Pastikan tekanan udara didlam tayar sentiasa mengikut spesifikasi, tayar yg lembik akan menjejaskan kadar perjalanan sepatutnya dan akan menjadikan beban pembawaan pada kenderaan menjadi berat..
Rajin2 lah check tayar kereta korang tu, jgn dah sampai nampak benang baru kelam kabut nak tukar..

3- Rancang perjalanan anda, kebanyakkan pembaziran berlaku kerana perjalanan yg tak dirancang lebih awal..

4- Bersikap lebih gentle pada pendikit minyak. Tidak perlu memijak pendikit minyak dengan banyak sepanjang masa, terutama ketika memandu di kawasan bandar.. Pendikit minyak yg kerap diperah sepenuhnya untuk perjalanan yg pendek akan menjejaskan pengunaan bahan api kerana terlalu banyak proses bergerak dan berhenti..

5- Memandu dengan perlahan ketika di lebuhraya. Kajian menunjukkan kebanyakkan kenderaan akan mampu mengekalkan penjimatan yg baik sekiranya dipandu pada kelajuan dari 80 ke 90km/h pada gear tertinggi sebagai kelajuan kekal di lebuhraya..

6- Try le menggunakan alat2 penjimatan minyak yg banyak dijual sekarang ni..

7- Nak jimat minyak lagi, guna le kereta elektrik.. Memang jimat minyak..

No comments: