Monday 15 September 2008

Raya mesti raya..

Sudah melebihi separuh bulan kita melalui Ramadhan yg mulia ini.. Terasa begitu pantas ia berlalu meninggalkan kita..Pejam celik dah nak jumpa syawal pulak.. InsyaAllah dapat aku menyambut raya lg tahun ni..

Syawal tetap akan muncul cuma aku terasa kemeriahannya semakin terhakis berbanding zaman aku budak2 satu ketika dulu.. Adakah kerana aku dah tak kemaruk sgt menyambut raya ke mcm dulu2?? Tapi takkan raya untuk budak2 je?? Tak jugak aku rasa begitu.. Hari Raya Idulfitri untuk semua umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan berjuang menahan lapar & dahaga serta hawa nafsu dari anasir2 jahat.. Jadi semua org boleh bergembira di hari mulia.. Walaupun kadang2 yg x puasa pun lebih2 menyambutnya..

Amalan kunjung mengunjung sudah semakin pudar di kalangan kita.. Ramai org sekarang lebih suka menghadap tv pada hari raya berbanding org yg terdahulu yg lebih gemar kunjung mengunjung sesama mereka.. Mungkin masa tu x ramai org ada tv kot, rumah yg diaorg berkunjung tu je ada tv..Agaknya la aku rasa..

Bagaimana dengan persiapan nak raya.. Baju , seluar, baju melayu, songkok,kasut, kuih muih, kek lapis sarawak, perabot, langsir, pendek kata kalau boleh semua nak tukar baru.. Tapi kena juga pikir dengan kemampuan kita sendiri.. Jangan suka membazir.. Membazir tu amalan setan.. Tapi bulan puasa setan kene ikat apasal membazir gak..Keperluan dan keinginan perlu seiring untuk mengelakkan pembaziran & membelanja melebihi kemampuan kita..

Dan yg lebih penting sekali Zakat Fitrah mesti dibayar mendahului yg lain2 di atas.. Jangan terlalu asyik bersoping membeli "blah" terlupa plak nak menunaikan salah satu rukun islam ini..

Kepada yg nak balik kg jauh2 tu, rancanglah perjalanan korang sebaiknya agar perjalanan anda selamat semuanya.. Diharap tips yg di berikan dapat memberi rujukan kepada korang.. Masih ada masa lg untuk meng'tiptop'kan kenderaan korang..

Aku dah malas nak menaip lg, anyway selamat menyambut Idulfitri kepada korang semua..
Mohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada korang sekiranya aku pernah melukakan hati korang melalui percakapan, penulisan di blog ini mahupun melalui perbuatan.. Aku memang tidak sempurna..

No comments: