Friday 11 April 2008

JANGAN SAMPAI TERLEWAT

Ada seorang pemuda yang dilahirkan dengan penyakit kanser yang tiada penawarnya. Namakan sahaja pemuda itu sebagai A. Dia kini berumur 20 tahun dan dijangka menghembuskan nafas yang terakhir pada bila-bila masa sahaja. Disebabkan oleh keadaannya itu, dia hanya terperuk di rumahnya, di bawah penjagaan ibunya.
Pada suatu hari, dia membuat keputusan untuk melihat dunia luar setelah sekian lama. “Sekali pun cukuplah atau mungkin ini yang terakhir, tidak mengapa,” kata hatinya. Setelah mendapat persetujuan ibunya, A berjalan keluar ke kedai berhampiran rumahnya.
Tiba-tiba A berhenti di hadapan sebuah kedai menjual CD (CD ori tau). Seraya dia menjengukkan kepalanya ke dalam, maka terpandanglah A dengan seorang gadis yang amat cantik. Mungkin inilah yang di katakan cinta pandang pertama. Kaki A melangkah masuk.
Dia terus ke kuanter di mana si gadis itu sedang berdiri. Si gadis melemparkan senyuman yang sungguh manis kepada A sambil bertanya “boleh saya bantu?”. Di dalam kepala A hanya ada senyuman yang paling manis dilihatnya selama 20 tahun ini. A tergamam seketika sebelum menjawab dengan nada tergagap-gagap, “saya nak beli CD”.
Tangannya pantas mengambil sekeping CD yang sempat dicapai oleh tangannya dan kemudian menyeluk saku, mengeluarkan wang untuk bayaran. “Awak nak saya balutkan ke CD ini?,” soal gadis itu lagi bersama senyuman yang tidak lekang di bibirnya. A hanya menganggukkan kepalanya. Si gadis meminta diri ke bilik belakang. Sekali lagi A menganggukkan kepalanya.
Sejak hari itu, saban hari A akan berkunjung ke kedai itu, dan setiap hari jugalah A membeli CD yang dibalut cantik oleh si gadis. A pula, sekembalinya ke rumah tidak membuka CD-CD yang dibelinya dan hanya menyusun di atas rak.
Lagipun, CD-CD tersebut hanya sebagai alasannya untuk bertemu si gadis. A adalah seorang pemuda yang sangat pemalu. Walaupun mencuba sedaya upaya untuk memberanikan diri mengajak si gadis keluar dengannya, namun lidahnya kelu untuk berkata-kata. Ibu A perasan dengan apa yang berlaku dan sentiasa memberi galakkan.
Pada 1 hari, A nekad. Seperti biasa, dia keluar ke kedai itu, membeli CD dan si gadis akan membalutnya cantik-cantik. Semasa si gadis sibuk memmbungkus CD tersebut di bilik belakang, A meninggalkan nombor telefonnya di atas kaunter sebelum cepat-cepat keluar dari situ.
Keesokkan harinya, A tidak bertandang ke kedai seperti kebiasaannya. Lantas, si gadis cuba menghubunginya menggunakan nombor telefon yang A tinggalkan semalam. Si ibu menjawab panggilan itu. Si gadis meminta untuk bercakap dengan A, tetapi si ibu mula menangis.
Gadis itu bertanyakan apa yang telah berlaku. “Tidakkah kamu tahu, dia telah meninggal dunia semalam?” Si ibu menjawab. Untuk sekian lama, yang ada hanyalah diam yabg panjang. Pada sebelah petangnya, ibu A memasukki bilik anaknya kerana begitu terkenangkan A. Dia membuka almari pakaian A dan terperanjat melihatkan CD-CD yang berbalut kemas tanpa 1 pun darinya dibuka.
Hatinya tertanya-tanya, dan untuk meleraikan persoalannya itu, dia membuka salah 1 daripadanya. Sebaik sahaja dia mengoyakkan balutan tersebut, si ibu ternampak sehelai kertas kecil yang diselitkan di dalamnya.
Kertas itu berbunyi “ Hai, awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itu pun kalau awak sudi. – Sofea”.
Si ibu mula menangis setiap kali dia membuka CD-CD tersebut, 1 demi 1 hinggalah habis kesemuanya. Tiap 1 darinya mengandungi helaian kertas yang tertulis mesej serupa. “ Hai, awak ni cute lah. Kalau boleh, saya ingin berkenalan. Itu pun kalau awak sudi. – Sofea”.

Moralnya, “jangan tunggu untuk menunjukkan kepada seseorang yang istimewa apa yang anda rasakan tentangnya. Kerana esok mungkin terlalu lewat untuk berbuat demikian.”

Disesuaikan daripada petikan sebuah akhbar.

No comments: