Tuesday 8 April 2008

Wanita tidak pernah puas???

Sebuah gedung Suami baru sahaja dibuka di sebuah kotaraya terkemuka, di mana wanita dapat memilih mana-mana suami yang berkenan di hati. Di pintu masuk gedung itu tertera peraturan pengunjung yg ingin mencari suami di gedung itu.
“Anda hanya boleh mengunjungi gedung ini SEKALI sahaja”
Gedung tersebut mengandungi 6 tingkat, di mana setiap lantai akan menunjukkan sekumpulan calon suami. Semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai lelaki tersebut.
Anda boleh memilih lelaki di tingkat tertentu atau mahu memilih di tingkat seterusnya kerana semakin tinggi tingkat, semakin tinggilah nilai lelaki itu. Walaupun begitu anda tidak dibenarkan turun semula ke tingkat sebelumnya kecuali melaluinya untuk keluar dari gedung aneh itu.
Maka datanglah seorang wanita dengan penuh harapan untuk mencari suami idaman hatinya ke gedung itu.
Di tingkat 1, tertulis ciri-ciri lelaki di tingkat itu:

“Lelaki di tingkat 1 memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.” Wanita itu hanya tersenyum, kemudian dia naik ke tingkat seterusnya.
“Lelaki di tingkat 2 memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan menyukai kanak-kanak.” Wanita itu masih tidak berpuas hati lalu naik ke tingkat 3.
“Lelaki di tingkat 3 memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, menyukai kanak-kanak dan kacak.” “Wow” kata wanita itu, tetapi hatinya masih penasaran dan naik ke tingkat 4.
“Lelaki di tingkat 4 memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, menyukai kanak-kanak dan kacak serta ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah.” “Ya Tuhan, macam tak percaya, ada juga lelaki sebaik ini di muka bumi ini.” Wanita itu masih tidak berpuas hati dan naik ke tingkat 5 pula.
“Lelaki di tingkat 5 memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, menyukai kanak-kanak, kacak dan ringan tulang serta romantis.” Dia tergoda dengan tawaran itu tetapi hatinya terdetik mengatakan mungkin di tingkat 6 akan ada lagi lelaki yang melebihi ciri-ciri di tingkat di tingkat itu.
Dengan perasaan yang meronta-ronta, dia terus ke tingkat terakhir iaitu tingkat 6. Di tingkat 6 tertera kata-kata yang cukup mengecewakan wanita itu.
“Anda adalah pengunjung yang ke 4,523,632. Tidak ada lelaki di tingkat ini. Lantai ini hanya semata-mata menunjukkan wanita tidak pernah puas. Selamat pulang dengan kehampaan bukan dengan suami idaman. Terima kasih dan anda tidak layak berbelanja di gedung ini lagi.”

No comments: