Sunday 20 April 2008

Sahabat Sejati

Dari jauh, seorang askar perang dunia pertama melihat teman karibnya terkena tembakan. Dalam keadaan yang gawat dengan peluru2 berterbangan di atas kepalanya, askar itu meminta kebenaran leftenannya untuk mendapatkan komradnya yang gugur di tengah2 lapangan sasar medan pertempuran dengan musuh.
“Boleh tapi saya tidak fikir ia berbaloi. Temanmu itu mungkin telah terkorban dan kau hanya akan membahayakan nyawa sahaja,” kata leftenan itu. Tanpa menghiraukan nasihat bosnya, askar itu memboloskan dirinya di tengah2 dentuman bom. Ajaibnya, askar terbabit berjaya sampai ke tempat sahabatnya terdampar, menggendongnya di atas bahu dan membawanya ke kubu mereka dengan selamat.
Seorang pegawai perubatan memeriksa luka sahabatnya yang serius. Leftenan mereka kemudiannya memandang kea rah askar tersebut. “Saya sudah katakan, ia tidak berbaloi. Kawanmu telah mati dan akibatnya, kamu mengalami kecederaan.”
Sambil menahan kesakitan, askar yang mempunyai sifat setiakawan tinggi itu menjawab, ‘berbaloi tuan.” “Apa maksud kamu berbaloi? Sahabat kamu telah mati” “Ya tuan, tapi sesuatu yang sangat berharga buat saya kerana ketika saya sampai kepadanya, dia masih hidup. Saya begitu puas apabila mendengar dia berkata, “Jim… saya tahu kamu akan datang.”

FIKIRKAN SEJENAK KISAH DI ATAS.
Hampir kebanyakkan masa dalam hidup kita, sama ada sesuatu itu berbaloi atau tidak untuk kita lakukan, benar2 bergantung kepada bagaimana cara anda melihatnya. Himpunkan semua kekuatan dan semangat dan lakukan sesuatu yang hati anda katakan dan anda tidak akan menyesalinya seumur hidup anda.

Semoga setiap dari kita dianugerahi denagn sahabat sejati. Seorang sahabat sejati masih bersama-sama anda saat orang lain tiada di sisi anda.

No comments: