Wednesday 10 September 2008

Tiada Alasan Cermin Gelap

BANGI: Mulai bulan depan, pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap sesuka hati tidak lagi boleh bermegah berikutan penguatkuasaan garis panduan baru.

Sebaik pelaksanaan garis panduan yang turut mengambil kira standard antarabangsa itu, pemilik kenderaan yang gemar memasang cermin gelap tidak akan dibenar berbuat demikian meskipun memberi alasan kesihatan mahupun keselamatan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat, berkata pihaknya komited melaksanakan garis panduan baru itu berikutan ia selaras antara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain mengikut standard antarabangsa.

Katanya, dengan pelaksanaan garis panduan itu membolehkan operasi cermin gelap dijalankan semula selepas beliau menangguhkannya Jun lalu, malah dijadualkan bermula 1 Julai atas alasan mengelak timbul pertikaian berkenaan pendekatan digunakan.

“Semasa saya minta ia ditangguhkan (Julai) sebelum ini saya sudah cakap ia akan mengambil masa tiga bulan untuk dilaksanakan dan ia masih kekal begitu.

“Malah ketika ini garis panduan sudah memasuki peringkat terakhir sebelum ia dibentangkan ke Kabinet dalam masa terdekat bagi meluluskannya,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Kempen Keselamatan Balik Kampung, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, semalam.

Kempen keselamatan kali ke-10 itu dianjurkan Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia serta Yamaha Peringkat Kebangsaan UKM.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter, Wee Hong serta Pengarah Pusat Kokurikulum UKM, Prof Datuk Dr Shaharuddin Ahmad.

Sumber: Harian Metro 10 Sept 2008.

*Berwaspadalah kepada pemilik2 kerete yg bertinted hitam legam..

2 comments:

Anonymous said...

JPJ ni takde bende lain. Dari dulu nak tangkap cermin gelap. Pegi la tangkap mat rempit ke, buat kes jalan berlubang ke, MRR2 nak runtuh lagi ke... ini cermin gelap cermin gelap. Buat duit income tax rakyat aje.

Rashid a.k.a apex said...

Banyakkan besabar je la.. aku mmmg x puas hati pasal ni.
Kalau tak boleh cermin gelap, semua kenderaan mesti tak boleh jugak..
tak kira la artis ke, menteri ke sape2 yg berkepentingan ke.. Baru la adil.